السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera semua, pernah minum kopi kurma tak ? Sedap tak ? ermmm alhamdulillah rasanya macam kopi jugak cuma kopinya tak lah sepekat dan sehitam warna kopi.
Jadi kali ni kita nak kongsi ilmu tentang biji kurma..jangan buang biji kurma ye setiap kali kita makan kerana ada manfaat dari bijinya. Selain dari boleh dibuat kopi ada kegunaan lainnya.
kurma : pic google |
Terima kasih pada Puan Munirah yang telah berkongsi ilmu ini. Berikut ialah cara memproses biji kurma yang mudah :
1. Biji kurma yang telah dimakan disimpan dan dibasuh. Jemur hingga kering.
yang ni dah masuk proses tengah goreng biji kurma dalam kuali |
2. Goreng biji kurma tanpa menggunakan minyak hingga hangus dan hitam.
haaa dah geseng sangat dah ni ;) |
3.Tumbuk biji kurma yang telah hangus tadi ikut cara anda sama ada menggunakan batu lesung atau boleh juga di kisar halus(ikut yang mana senang). Kita tumbuk je tukang tumbuk tengah beratur tunggu turn tolong tumbukkan ...
4. Dah siap tumbuk simpan dalam botol kaca , boleh guna bila -bila masa yang anda mahu.
senang kan...
inilah biji kurma yang kita proses nampak macam kopi kan :) |
Berikut antara kebaikkan yang boleh kita dapat hasil dari proses biji kurma ini. Credit to Puan Munirah .
1) Sebagai minuman penganti kopi, warnanya tidak segelap kopi tapi rasanya seakan akan kopi. Ianya memberi tenaga baik pada peminum
2) Boleh dibuat sebagai perapan daging menggunakan serbuk biji kopi yang dicampur dengan pelbagai rempah ratus dan Subhanallah perapan daging amat amat lembut
3) Digunakan sebagai scrub badan (saya akan kongsikan tips scrubbing dengan anda pada post yang lain) . Gabungan scrub biji kurma dengan #pevoo dan #madu akan membuatkan kulit badan anda selembut baby!. Natural? yes and safe!
4) Jika anda mengalami masalah keguguran rambut yang serius dan kronik sehingga menyebabkan anda BOTAK!!! maka inilah natural remedy atau cara semulajadi untuk mengaktifkan sel kulit kepala yang sudah mati. Amalan menyapu biji kurma dicampur dengan Minyak Zaitun Ramallah Extra Virgin PEVOO , maka hasilnya adalah TERBAIK. Penggunaan secara Konsisten setiap hari sebelum tidur , in sya Allah akan membuatkan sel kulit kepala yang bermasalah kembali sihat dan anak anak rambut kembali keluar dengan sihat!!!
** yang ni yang kita nak cuba sesangat sebab ada dah calon untuk di buat eksperimen :)
Kawan- Kawan yang mahukan maklumat lanjut juga bolehlah dapatkan Buku Islamic Medicine The Key To A Better Life hasil tulisan dan kajian Yusuf Al Hajj Ahmad membicarakan secara terperinci mengenai KURMA. Kita pon tak dapatkan lagi buku ni :).. akan diusahakan nanti...