First Giveaway : KhairunKraf
Roti Paun
Bebola Ayam Dalam Sos Tomato
Nasi Tomato
Kek Coklat Keju
Kite copypaste resepi dari rumah kak jun..atau nama sedap sikit "Chocolate Cheese Cake "..
Bahan bahannya :
250 gram cream cheese
50 gram gula
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
Caranya :
Pukul cheese dan gula hingga ringan , kemudian masukan telur dan esen vanilla.Pukul lagi hingga rata.
Bahan untuk kek :
150 gram butter
135 gram gula
1/8 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur
120 gram tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar susu segar
Cara caranya :
Panaskan oven pada 175'C dan griskan loyang.
Ayak tepung, baking powder, baking powder dan serbuk koko ketepikan.
Pukul butter, garam, esen vanilla dan gula hingga ringan, kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul lagi
Masukkan campuran tepung tadi pada kelajuan rendah bersama susu segar hingga rata.
Masukkan separuh adunan bahagian coklat ke dalam loyang kemudian tuang bahagian cheese pula dan tutup dengan separuh lagi bahagian coklat tadi.
Bakar selama 45 minit atau sehingga masak.
:: Little Fingers World @ Full Of Wonder Contest ::
Ikan Jeruk Goreng
Inilah ikan jeruk goreng atau boleh juga dipanggil Pekasam..ada sape sape penah makan tak ye ? sini manalah ada pekasam yang macam kat semenanjung tu..ikan jeruk ni tak nampaklah rupa ikan cuma isi ikan aje..ini kiranya sabahannya makananlah..kite telah diperkenalkan oleh kawan kat pejabat..sekali makan terus suke..sedap dimakan bersama bawang dan cili api yang digoreng..memang terangkat makan dengan nasi panas panas..kalo tengok kat cadangan cara makan tu katanya "perahi limau nipis"..kite tak buat pon..sedap dengan cara yang bawang campur cili tu aje..
Testimonial : (cewahhhh.. macam jual produk la pulak :).. kite ada bagi mak chor kite rasa dulu (datang sini bulan lepas), ..dan maklumbalasnya yang kite terima darinya "sedap kemain siap bekikis periok nasi engko"..maknanya mmg kena lah citarasa tu kan....sedaplah tu..
credit to empunyatuan..Mama enterprise, Bongawan Papar dan terima kasih banyak-banyak to my kak CC kat opis sebab memperkenalkannya..jika sebelum ini bawa balik ikan pekasam semenanjung ke sabah dan selepas ini bolehlah bawa balik pulak ikan jeruk goreng sabah ke sana...
My-Alia.com Giveaway Special!
Supergurl ...Part III
Your Best Vacation Moment Contest
Tengok saja alyssa yang turut bergembira turut serta dengan ikan ikan ni..bagi pengunjung yang bakal ke sini sila ambil perhatian : masa yang sesuai untuk kesini ialah pada hari dan cuaca yang cerah..maksudnya kalo hari hujan memang tak de peluang sebab bila hujan air keruh dan ikan pun tak nampak..kes ni da terjadi sebenarnya, masa mak sedara kite datang sebelumnya iaitu pada bulan mac 2009 lepas memang kami ada pergi ke sana ..oleh sebab cuaca tidak mengizinkan tak dapat la tengok ikan ikan ni..kasihan juga pada makcik kite tu..mungkin dia akan datang lagi lain kali..rentetan dari itulah peluang kedua diambil masa keluarga mertua kite datang ..
kalau sesiapa yang berkunjung ke sabah lepas ni jangan lupa ya masukkan ke dalam agenda untuk ke Kg. Luanti ni..tak rugi malah pengalaman yang best dalam hidup ..alamak terlebih sudah..hehe lebih lebih pulak tapi inilah yang memang best bagi kite..mungkn tak best pada orang lain..untuk tengok lebih gambar ikan ni dan maklumat lanjut klik sini.. "Fish Massage "
------------------------------------------------------------------------------
Supergurl ...Part II
Supergurl ...Part I
nota: bocah cilik=budak kecik
Catlina's Cat Calendar Give Away
Manihot Esculenta Crantz
- bersihkan ubi dan potong sederhana besar (terpulang nak besar mana)
- rebus ubi smpai empuk
- tumbuk bawang putih kemudian digaulkan pada ubi empuk tadi
- letakkan garam dan gula secukup rasa
- kemudian bolehla di goreng hingga kekuningan
- siap dihidang untuk dimakan .. :)
gorengan kali ini kite tak taruk gula, saja cuba letak madu sikit..so far ok lah sedap juga rasanya..perghhh kena plak ngan kopi kaw kaw panas panas gitu..tak kisah lah kopi apapun kapal api ke, kopi 434 ke, kopi tenom ke, kopi takde cap ke ..yg penting memang sedap la..