Ini murtabak mini yang sempat kite buat, alhamdulillah dapat jugek buat walaupun berperang dengan budak kecik dua org ni dengan tak cukup masa nak buat kuah cicahannya..last makan murtabak masa balik muar dua bulan yang lepas..ini pertama kali buat sendiri dengan guna kulit popiah ..i/allah kalau bikin lagi nak buat yang kulit tepung pulak..
resepi ambil kat uma kakyatmaria.. tq ye sisi :) kalo kawan2 nak buat murtabak selain inti daging boleg tengok kat uma ros murtabak tuna, itu best jugek..kite suke..
Resepi Mini Murtabak
Bahan-bahan ( 6 keping )
Kulit murtabak - guna kulit popiah
Bahan intinya :
100 g daging cincang
2 biji ubi kentang
1 sudu setengah rempah kari
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
daun sup
minyak
1 sudu kecil garam
kulit popia
2 biji telur-kite lebihkan sebiji lagi
Cara-cara
1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
3. apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
4. pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
6. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.
keratan rentas my murtabak, telur lebih tu yg nampak camtu..
KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD