Black Pepper Chicken Chop

Ini menu sambungan masa buat roti manis jepun tu..taklah susah juga untuk sediakan menu ni, buat santapan anak-anak dan suami yang dikasihi..sebelum ni makan chicken chop buatan kedai je..apa salahkan kite hidangkan air tangan sendiri buat family..alhamdulillah anak2 dan suami suka..terima kasih pada empunya resepi ros@jintan manis..
"akak suke ros resepi ni" :)..lain waktu pula nak cuba chicken chop grill ..berkenan jugak masa tengok kat uma kak azlina..

Blackpepper Chicken Chop

Sumber : Ros@jintan manis

Bahan-bahanya :
2 keping dada ayam atau bahagian peha boneless
1 sudu kecil kicap pekat atau kicap manis*
2 sudu kecil serbuk lada hitam*
2 inci halia*
1/2 biji bawang besar ( saiz sederhana)*
2 ulas bawang putih*
1/2 kiub pati ayam maggi*


Untuk salutan ( sedikit tepung gandum, 1 biji telur yang telah dikocak dan 1 cawan serbuk roti)


Cara membuatnya :
Kisar semua bahan yang bertanda * dengan 1/2 cawan air hingga hancur, kemudian cucuk ayam tadi dengan garpu, gaul ayam dengan bahan kisar dan perap 2 atau 3 jam di dalam bekas bertutup, simpan dalam peti ais, setelah diperap, ambil ayam tadi dan lumur sedikit dengan tepung gandum, next salut telur dan akhir sekali salut pula dengan serbuk roti, goreng hingga garing.


Untuk Sos lada hitam
Ambil lebihan bahan perapan tadi dan masukkan dalam periuk kemudian campur dengan 1/2 cawan air dan masak hingga mendidih, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, gula dan lada sulah, dan masukkan bancuhan tepung katakuriko ( tepung kentang) boleh juga di ganti dengan tepung jagung, untuk pekatkannya..Kalau ade minyak bijan masukkan 1 sudu kecil, sos lada hitam akan lebih sedap dan wangi, sos lada hitam ni juga boleh di curahkan pada kentang putar dan pada ayam yang telah siap digoreng tadi.


Kentang putar :
4 biji kentang saiz sederhana
1 sudu besar marjerin atau butter
1/3 cawan susu segar
lada sulah


Caranya :
Setelah kentang di rebus dan empuk, toskan dan lecek terus sementara kentang masih panas, kemudian masukkan kembali dalam periuk dan curahkan susu dan marjerin, kacau sebati, akhir sekali masukkan lada sulah dan kacau hingga semuanya mesra dan agak pekat, angkat dan ketepikan.


Coselaw
1/4 biji Kobis saiz kecil
1/2 batang Carrot
1/2 biji Bawang besar
3 sudu besar Mayonis
sedikit garam dan gula

Kobis,lobak merah, bawang besar di cincang halus, masukkan mayonis, gula serta garam, kacau sebati dan sejukkan di dalam peti ais.


* yang ni kite x buat, gantikan dengan kacang panggang;)



Cara penyediaan
- Susun ayam di dalam pinggan, sudukan kentang putar, coselaw dan atur salad serta tomato, kemudian curahkan sos lada hitam di atas kentang putar dan ayam, sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

** gambar pon tak dapat nak snap banyak banyak..sebab semua dah lapar..:)
KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

Japanese-Style Sweet Bun Dough

Assalamualaikum semua, hehehe lembut dah sedap bun manis ni tapi tengoklah akibat telah diganggu suhunya oleh budak kecik, geseng@ hangit jadi kulit atasnya ;(..walau macamanapun dah abes dah bun ni..buat untuk makan dengan chicken chop..ada lebih beberapa ketul kite goreng salut telur..


ok untuk sesiapa nak cuba buat roti ni  sila salin resepi sendiri ye (kes malas ni), kita ambil kat umah my kitchen snippets..semua best roti buatan sis gert tu ;)












KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

Serupa Tapi Tak Samalah ;)


minta yang ini..






dapat yang ini..
sebablah tu lah macam serupa tapi tak sama rupanya..kata anak kite ;)
takpe nanti hujung minggu kite makan yang sama  macam gambar kat atas ok..



Ok , ini cerita lain baru-baru ada makan piza domino, walau nipis bolehlah masuk dengan tekak kite so terus terpaut suka plak dengan base dia yang nipis tu..pas ni nampaknya mesti mencari resepi pizza  yang tipis je ala-ala domino ni;)...



KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

Red Velvet Cupcake

Assalamualaikum,  dan selamat tahun baru buat semua..
Alhamdulillah dan syukur dipanjatkan keranaNYA kita semua masih diberi nikmat untuk teruskan kehidupan di muka bumi ini..semoga datangnya tahun baru 2012 akan lebih bermakna buat kita..
Bulan Januari  ni jugak jatuhnya hari hari penting buat  family kite..ada diantara mereka menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan ini..

Buat kek velvet (bubuh lam cup je)..yang ni untuk pakcik alyssa dan hannah..




Resepi kite cuba dari bakerella, tq tuk cikna suggestkan resepi ni..


Red Velvet Cake ~ Bakerella


Ingredients :
2 1/2 cups all purpose flour
2 cups sugar
1 Tablespoon cocoa
1 teaspoon salt
1 teaspoon baking soda
2 eggs
1 1/2 cups oil
1 cup buttermilk
1 Tablespoon vinegar
1 teaspoon vanilla
2 oz. red food coloring



Methods :
Preheat oven to 350 degrees.

1.Grease and flour two 8 inch cake pans.
2.Lightly stir eggs in a medium bowl with a wire whisk.
3.Add remaining liquid ingredients and stir together with whisk until blended. Set aside.
4.Place all the dry ingredients in your mixing bowl and stir together really good with another wire whisk.
5.Add wet ingredients to the dry ingredients and mix on medium-high for about a minute or until completely combined.
6.Pour into cake pans and then drop the pans on the counter a few times to release any air bubbles.
7.Bake for about 30 minutes or until a toothpick inserted comes out clean.
8.After about ten minutes, remove from pans and cool completely on a wire rack. I also cover in plastic wrap while the cakes cool.
9.Then make the frosting.


KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

Buku Resepi


buku resepi pertamaku masa ni tengah study kat kolej tahun 1998 camana boleh wujud buku ni ? inspirasi dari my mommy nyer buku :) memang nak share bukunya kat sini tapi jaohlah pulak buku tu sana kt.kg tengah jeram bakri, muwo lainkali ajelah yek.. nampak tak ada tahi2 lalat penyeri kulit.. lama la ni kan.. semua resepi kat dalam ni sumbernya dari pelbagai emak embah makcik-makcik kengkawan

KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

Roti Canai MILO..

Pernah makan roti canai milo tak ?
semalam kite sarap dengan asben di kedai mamak..
sebelum ni tak de pon nak usha tengok menu..
tetiba macam rajin pulak dan terus terpandang roti milo..
wahhhh macam best ni..terus order..ada jakun sikit..ntah ntah orang lain dah lama tau menu ni..
ermmm bolehlah sedap jugek..liat liat lagi roti tu sebab ada milo kat dalamnya..
ada sesape di luar sana pernah rasa ? kalo pernah dah tau la camana rasanyakan.. tak snap gambo sebab dah laparrr..grrrr munyik2 perot..


Layan menu lain yang best kat kedai mamak ni :


Nasi Goreng kambeng..
tak agak2 mamak ni..lainkali nak try order ,mcamana lah rupenya,,jgn boh kambeng sekor atas nasi dah lahhh kan..

Kueh tiow.
yang ni mamak memang salah eja.. memang kena masuk kelas bm rasanya..







KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...