Tada..ini apam pisang coklat edisi kite yang senyum sepanjang malam..kite buat untuk bekalan alyssa dan hannah..bekalan kite jugek ;)..sedap, lembut dan yang best rasa pisang kecoklatannya..tapi urat pisang apam ini tak nampak dah tenggelam, rasa pisang aje menten ada ..nak tau lanjut mesti cuba..insyallah tidak menghampakan ..terima kasih ros kongsi, akak share kat sini jugek ye..:)
Bahan-bahannya ;
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/4 cawan gula
2 biji pisang ranum ( dilecek)
1 biji telur
50ml minyak masak
secubit garam
3 sudu besar serbuk koko
Cara-caranya :
1. Lecek pisang yang telah ranum dan campurkan dengan secubit garam, ketepikan. selepas itu ayak tepung gandum bersama baking powder.
2. Di dalam mangkuk adunan pukul telur dan gula menggunakan senduk kayu atau whisker, selepas itu masukkan pisang yang telah dilecek, tepung sedikit demi sedikit, soda bikarbonat dan minyak masak, kacau sebati.
3. Panaskan pengukus, Isikan 3/4 adunan apam ke dalam acuan dan kukus selama 12 hingga 15 minit, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.
* kite buat guna cup kertas cam kat atas, malas gune acuan apam;)..



