Brownies

Resepi brownies yatt ni..buat tadi untuk bawa bekal esok nk g jalan2..
jalan ke mana?kemudianla bgtau yek...
mesti ada smarties tu untuk tarik perhatian alyssa...

ni resepinya...copy paste dari yatt...k

BLACK BROWNIES PRINCESS

Bahan-bahan;

250 butter- cairkan ( 1 ketul)

1/2 cawan gula

1/2 cawan gula perang

1/2 sudu kecil serbuk vanila esen vanila

4 biji telor

1 cawan tepung serbaguna

150 gm coklat apa-apa jenama- di cairkan dahulu

1 sudu kecil baking powder

Cara-Cara:-

Panaskan oven ke suhu 180 deg. Celcius. Griskan loyang empat segi 9 inci. Kacau bersama butter yang dicairkan tadi dengan gula, gula perang, coklat dan esen vanila. Masukkan telor yang telah dipukul sikit terlebih dulu. Ayakkan tepung, baking powder. Masukkan ke dalam adunan tadi, kacau hingga sebati. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Bakar selama 20 - 25 minit atau hingga brownies kelihatan renggang dari tepi loyang. Sejukkan atas wire rack.

CREAMY BROWNIE FROSTING

Bahan-bahan;

3 sudu besar butter-lembutkan

50 gm coklat apa-apa jenis

1 sudu besar honey

1/2 sudu kecil esen vanila

1 sudu besar coklat emulco

3 sudu besar susu

Cara-cara:-

Pukul mentega, serbuk koko, emulco, honey dan esen vanila hingga sebati. Masukkan susu. Pukul hingga sekata. Sapukan atas brownies dan potong empat segi. pastu letaklah walnut ke coklat rice ke.. pape je yg kite suke.... kite letak yg mcm kat dlm gambo tu je la...


KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...