Jumpa kawan Bawa Kek Cheese Tabur


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Baru-baru ni, kite hadir memeriahkan majlis kenduri kahwin kakak pada seorang kawan baik masa sekolah dulu..alhamdulillah syukur dapat jugak sesama kami berkumpul berjumpa beramah mesra , bertepuk tampar tak ingat dunia ..:) best rasanya dapat jumpa kawan -kawan ni.. ye lah setelah lama tak jumpa ..kami memang rapat masa sekolah, bila dah ada family ni masing -masing dengan rutin sendiri, jarang -jarang dapat berjumpa..lebih-lebih lagi masa kite dok jauh dulu, lagi susah nak jumpa..sekarang insyaallah dah dekat , bolehlah selalu jumpa..


Gambar lama waktu zaman sekolah menggamit kenangan..
Kite bawakan sikit buahtangan buat kawan-kawan kite kek cheese tabur , kite bakar dalam cup je ..harap kawan-kawan suke makannya..


Kite kongsikan resepinya kat sini, terima kasih banyak pada tuan punya resepi  Ummilittlekitchen..kat sana kite jumpa resepi ni berkenan dan membuatnya..kek ni antara kek kesukaan keluarga kite..dah banyak kali buat,cubalah sedap , lembut gebu dengan topping rasa lemak berkrim krimcheese dan ditambah dengan cheddar parut yang banyak tu..tergoda tak ? pada mereka yang tak minat cheese mungkin tak tergoda, pada saya  macam dah jatuh centa dengan kek ni :)..


Resepi Kek Cheese Tabur
Bahan-bahan (A)



100 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
6 biji telur gred A
150 gm gula castor
1 sudu besar ovalette
1 sudu teh baking powder



Bahan-bahan (B)
2 sudu besar mentega (dicairkan)
2 0z susu cair (58ml)
1 sudu besar cream cheese



Bahan-bahan untuk cream (kat tgh dan diatas)
250 gm cream cheese (Philadelphia)
Cheddar Cheese secukupnya
(diparut dan untuk ditabur atas kek)
120 g Gula Aising
1 sudu besar susu uht

 
Cara membuatnya:
1.Pukul telur, gula, tepung jagung, tepung gandum, baking powder dan ovalettle sampai kembang, putih dan gebu.

2.Masukkan mentega yang telah dicairkan, pukul lagi.

3.Kemudian masukkan susu cair, pukul lagi sampai putih. Akhir sekali masukkan cream cheese.


4.Sediakan acuan 8inci, alas dengan kertas minyak dan sapu mentega. Tuang adunan, ratakan dan dibakar. Bila masak, sejukkan sebentar.kek dipotong dua.

** kite bakar guna satu acuan je terus, pastu potong dua.
** paling senang bakar dalam cup kertas :)



Cara membuat cream:


1.Campur kan kesemua bahan kecuali cheese parut.
2.Pukul sampai sebati dan putih.
3.Dah siap boleh sapu kat permukaan tengah kek dan letak kan kek yang satu lagi.
4.Bahagian atas sapu kan creamcheese and tabur cheese parut.

Selamat Mencuba !






KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

Roti Paun Kaya


Alhamdulillah dah  kenyang makan roti kat atas tu, buat petang tadi masa budak dua orang tu tengah turu..ni resepi roti paun tapi kite taruk inti kaya..resepi klik sini Roti Paun.. dah lama sangat rasanya tak buat exercise tangan setelah puan bread maker tak tak bole guna lagi..memang lama betul tak menguli roti sejak hampir setahun duduk kat Ipoh ni, al maklumlah kat sini banyak pilihan kalo nak makan roti..


roti-roti yang comel sebelum dibakarkan..kali ni inti yang kite taruk tak berapa center sangat sebab bile masak je, ada yang terkeluar ..hehehe..takpelah walau macam tu ia tetap sedap di makan..



 tengok ajelah keratan rentas roti kat atas tu, senget  ke tepi intinya..:)


KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

Oreo Cupcake



Resepi Oreo Cupcake
Asal ~Zoe Bake For Happy Kids

 

Bahan-bahan:
120g mentega tanpa garam
70g gula castor
100g telur  (2biji)
1 sudu kecil vanila
120g susu segar
80g buttermilk/yogurt
210 g tepung gandum
16 g baking powder  (diayak bersama tepung)
16 keping biskut Oreo

 Kaedah:
1. Lembutkan mentega pada suhu bilik. Tambah gula, pukul dengan menggunakan pemukul elektrik hingga putih.
2. Masukkan telur dan pukul sebati.
3. Panaskan susu segar dan buttermilk sehingga sedikit panas, ditambah ke dalam (2) dan gaul rata.
4. Masukkan esen vanila, diikuti oleh campuran tepung yang diayak dan gaul rata.
5. Akhir sekali masukkan biskut Oreo yang  dihancurkan dan gaul rata.
6.Bakar pada suhu 180'c dalam masa 20 minit atau hingga masak.






KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

Kek Daging Opah Mimi


Ada sesiapa pernah makan kek kat atas tu tak ? macamana rasanya ? rasanya mestilah sedapkan ..:) ..bile kawan2 makan ada yang cakap macam rasa murtabak, ada cakap macam rasa makaroni bakar dan lain lain lagilah....tapi apa pon yang penting rasanya memang sedap..sedap di mulut kite dan keluarga..kek ni resepi keluarga kite, Opah Mimi pengasasnya..sebab tu kite taruk nama kek tu cam kat atas tu :)..kek daging ni sedap di makan bersama sos cili..;)..mungkin bagi yang tak suka rasanya mesti akan cakap tak sedapkan.. tapi inilah satu- satunya kek yang boleh dimakan dengan Sos Cili..

 Nanti kite sharekan resepinya ye..ni tak berkesempatan..k

KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

GPS Iman TV3 Ke Kg. Kenang



Baru-baru ni, opis kite terlibat dengan penggambaran GPS Iman TV3..
Lokasi : Kg Kenang Sg Siput
(Kg Orang Asli ) penduduknya beragama Islam..


GPS Iman ni sebuah program realiti  dakwah yang menjelajah dari kampung ke kampung yang mereka pilih di setiap negeri,
dan akan ditayang pada setiap ujung minggu di TV3 jam 7.30..program ini sangat bermanfaat dan yang menariknya disertai konvoi bermotor besar Kawasaki Bikers ..

Satu aktiviti yang memang best, bukan pasal dapat jumpa artis atau host rancangan ni, tapi sebab kerjasama antara kedua-dua pihak dan penduduk kampung yang sangat baik..pelbagai pengisian dibuat semasa program berlangsung..untuk  lebih lanjut lagi jangan lupa saksikan episod ini pada 20 Nov akan datang ye.. 



Gambo puan-puan umah yang sentiasa memberikan senyuman :)..




  gambo krew-krew tuan umah lagi ..kali ni bersama Gee :)..sila jangan jemu..

 

Krew GPS Iman TV3 bersama Kumpulan Sewang...
cantek tak tempok yg disarungkan kat kepala dorang ?..walaupun dengan bunga kertas je..

comel kiut je Gee ni..tak lekang dengan senyuman..


Acara penutup mesti lah acara ni..heheh bergambar kenangan dengan kak Gee..



** gambar-gambar berkenaan ikhsan dari kawan saya : tq ging..

KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

Blueberry Panna Cotta


Resepi kite rujuk kat uma kak Nor Secubit garam..Lychee panna cotta..ni kite derhaka buat versi sendiri ikot bahan apa yang ada kat uma je..si kakak suke blueberry so buat je lah yg macam kat gambar tu..tompok je atas tu ngan blueberry filling ..campak sikit gula urai berwarna dan rasalah jugak biji-biji blueberrynya tu :)
sangat sedap makan sejuk-sejuk tau..Tq K.Nor untuk resepinya ni..kite copy dan share kat bawah ni..

Yang ni barulah gambar tak serupa resepikan :).. minta ampun ..

LYCHEE PANNA COTTA
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan- bahan :

1 tin laici
2 cawan susu low fat/full cream
2 sudu besar gula
3 sudu kecil gelatin ~ K.Nor guna gelatin halalgel
3 1/2 sudu besar air
1 /2 sudu teh esen vanila
1 paket jelly strawberi

Cara:

1. Ketepikan 5 - 6 biji laici. Blend lebihan laici bersama dgn 1 cawan jus laici.

2.Blend sampai betul2 halus dan tapis. Ambil air dan ketepikan.
3.Masukkan gelatin ke dalam mangkuk berisi 3 1/2 sudu besar air dan biarkan ia mengembang.
4.Masukkan susu, gula dan air laici yg ditapis tadi ke dalam periuk.
5.Masak hingga hampir mendidih dan hendaklah sentiasa dikacau.
6.Padamkan api dan masukkan vanila dan gelatin yg dah kembang tadi.
7.Kacau hingga sebati dan gelatin larut.
8.Biarkan sejuk, baru lah dituang ke dalam gelas.
9.Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 3 jam.
10.Masak jelly mengikut arahan di kotak dan biarkan sejuk.
11.Tuangkan ke atas Lychee Panna Cotta perlahan2. (pastikan jelly dah sejuk dan panna cotta dah membeku/set supaya jelly tak tenggelam ke dalam panna cotta)
12.Masukkan kembali panna cotta ke dalam peti ais dan biarkan sejuk.
13.Hiaskan dgn hirisan laici sebelum dihidangkan.


* Laici yang diblen bersama jusnya menghasilkan 1 1/2 cawan  air laici

 
 
Yang ni barulah gambar tak serupa resepikan :).. minta ampun ..

KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

Nasi Dagang



Percubaan pertama, kurang berseri ..next time dah boleh diperbaiki yang mana kurang :)..
resepi kite tengok kat myresepi..tq kwn kite sebab tolong belikan beras nasi dagang tu ..pasni nak try yang nasinya kale putih pulak..
KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

Ehya' Ramadhan

 Gambar ihsan : JAKOA Negeri Perak/Kedah


Di bulan puasa yang mulia lagi barakah ni, opis kite adakan program Ehya' Ramadhan ..majlis berbuka puasa dan ramah mesra bersama-sama masyarakat Orang Asli di seluruh Negeri Perak..ni antara satu majlis berbuka puasa yang kite hadir semalam..

Sejak balik ipoh dan berkerja di sini, boleh dikatakan tiap2  bulan kite ada keje luar...osstesen si kakak panggil..nak buat camana tuntutan tugas..laksanakan saje..sian jugak kat anak2..tapi apa daya..si adik lah yang paling rindu kat kite ..hehe sebab ada udang si sebalik mee..dia masih nyusu badan lagi..memang tak leh pisah lagi setakat ni..dan sekarang dah masuk 8 bulan bila ada je situasi macam ni, dorang boleh terima tak ada nangis2 lagi..

Meriahlah jugak bile berbuka ramai-ramai macam ni..yang bestnya menu kambing adalah hidangan wajib..mesti ada..
haaa nampak tak yang mana satu kambing masak kurma tu ? :)

Kesimpulannya kite dah jatuh centa sangat kat menu kambeng ..tak kisahlah masak ape..sebelum ni bukan tak makan..jarang-jarang , memang best rupanya ye..padanlah ramai orang sangat suka kan ;)..


KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

Kek Puding Karamel dan Selamat Berpuasa


Assalamualaikum dan salam sejahtera  ..:)
dikesempatan ini kite nak ucapkan selamat berpuasa pada semua kawan-kawan yang akan berpuasa pada 1 Ramadhan 1432H yang bakal tiba..semoga amalan kita di tahun ini lebih bermakna , bertambah dan diberkati olehNYA..

Gembiranya untuk menyambut Ramadhan kali ini seceria kek karamel kat atas tu..memang dah lama nak buat dan nak rasa kek yang best ni..alhamdulillah memang sedap rupe2 nya ..dua dalam satu dapat makan kek dan dapat jugak makan puding  ..:) 
resepi asal dari kak yani myresepi..tp yang versi ini kita tengok kat kongsi resepi sini ..pada siapa yang nak cuba buat kek ni klik je link tadi sebab ada step by step untuk buat kek ni..i/allah ikut semua step, akan terhasil kek yang cantik dan sedap lagi lembut ni..;)







KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

Blueberry Cheese Tart


Blueberry cheese tart yang kite buat untuk makan-makan kenduri kazen pada minggu lepas...minggu ni buat lagi untuk keje kawen adik pulak di Muar Johor.. resepi kak azita zain ye..memang sedap.. Jemput datang kawan-kawan semua ke majlis tersebut untuk memeriahkan suasana ...sangat dialu-alukan ..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

...Ikan di laut asam di darat
Dalam kolah bertemu jua
Hati terpaut janji diikat
Kerana Allah sama bersua

Orang jauh dikenang-kenang
tidak hiba tanpa layanan
Mula berkenal kemudian bertunang
kini tiba majlis perkahwinan

Amat garang datuk bentara
Musuh diracun gegak gempita
Dulu seorang kini berdua
Empat June tarikh bahgia

Di malam hari terang senegeri
Bulan purnama dihujung februari
Majlis Seri tambah berseri
dengan hadirnya saudara saudari

Semoga dengan kehadiran dan
doa restu saudara saudari akan menyerikan lagi majlis ini.

Seri: 04 Jun 2011 di
No. 52-C, Kampung Tengah Jeram, 84000, Muar, Johor
Bermula jam 12 tengahari hingga 6 petang


Terima kasih
Jazakumullah khairan
Thank you... di atas doa anda semua

بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِيْ خَيْرٍ.

“Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan atasmu serta mengum-pulkan kamu berdua (pengantin laki-laki dan perempuan) dalam kebaikan.”
(HR. Penyusun-penyusun kitab Sunan, kecuali An-Nasai dan lihat Shahih At-Tirmidzi 1/316)


KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

Macarons Comot


punyalah beriye-iye Hannah makan ni, tapi xde filling lagi, 
terus lepas keluar je dari oven dia nak ..kasi jelah..tapi ok sebab mac ni memang dah manis..


mac dalam bekas, belum taruk inti..taklah sempurna tapi oklah bagi kite yang pertama kali membuat dan memakannya..suke dan teruja tengok kawan2 dan sifu macaron cikmin..sape nak tengok  macaron yang cantik lagi sedap bolehlah  ke blog kakmin yek..pastu boleh order..

kite taruk inti coklat, buat sendiri aje, klik sini tuk resepi ambil kat uma Kak Nor, tq kak memang best buat sendiri tak payah beli, lagipon budak2 kecik kat uma ni antu coklat ..


Mac kite ni comot jugek, biasalah budak baru belajar, skirtnya tak cantek tapi kire ok sebab pakai gak skirtkan..:)
memula memang takut gak mac ni tak pakai skirt karang..
kite godek dan harung je..huhu memang menaruh harapan..
lastnya dapatlah merasa Macaron buatan sendiri..Tq kak yani  DecoChocho,kite guna resepinya..






KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

Kakak 4 Tahun



14 Mei  2011 bebaru nih , genap umur kakak 4 tahun.semoga kakak membesar dengan sihat dan ceria, jadi anak dan kakak yang solehah hendaknya.. mummy, abah dan hannah selalu doakan kakak..minggu ni ujian lisan kat tadika , harap kakak dapat harunginya dengan jaya ..


kakak bawa kek coklat ni untuk makan dengan kawan-kawan kat sekolah ;)..

yang ini kek hannah, sama bawa ke taska .. biasa-biasa saje keknya, takde deko pon..taruk edible image dan tabur manik warna warni tu..edible tu kite beli kat Cik ayu..cantik je kan..tq cik ayu.. walaupun salah dekat nama dan umur dorang,tak jadi hal kite cut dan paste aje ..:) sebab mulanya ingat nak kasi pooh tu pada kakak dan princess tu pada hannah , tapi si kakak taknak sayang sgt puteri2 nya tu..terpaksalah yang umur  tu je x tukar..xpelah asalkan selamat kek itu semua dimakan..


Sempena Hari Guru pada hari ini , hadiah tak seberapa  untuk cikgu2 yang mendidik anak kite.. Terima Kasih Cikgu, untuk semua Guru yang telah menabur jasa dan bakti untuk anak bangsa.." Selamat Hari Guru" ...


KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

Adriana Hannah



♥♥♥Allah selamat kan Hannah♥♥♥
♥♥Allah selamatkan Hannah♥♥
♥♥♥Allah selamatkan Hannah♥♥♥
♥♥Allah selamatkan Adriana Hannah..♥♥

Selamat Ulangtahun Kelahiran anakku Seri Adriana Hannah
yg ke 2 tahun..
mummy doakan yang terbaik buat Hannah..Semoga Hannah membesar kuat , sihat dan ceria..
 jadi anak yang solehah..

sayangggg Hannah..

KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

Get Basic n Go..


Sekejap je masa berlalu..pejam celik pejam celik, anak kite ni dah nak exam..atau kata lainnya nak duduki ujian semester satu bagi kelasnya sebelum cuti sekolah yang 2 minggu ni...macam tak caye..tapi itulah ceritanya..minggu depan alyssa dah kena start ulangkaji kat umah ..cikgunya pon dah maklumkan berkaitan test tu nanti termasuklah subjek bm, bi, mate, doa harian dan surah lazim...harapan kite semoga alyssa dapat buat yang terbaik..

sejak dah bersekolah makan ni..ada banyak perkembangan yang positif berlaku pada alyssa @ kakak..walaupun dia lambat mendaftarkan diri sebulan selepas semua kanak2 lain mula bersekolah..alhamdulillah kite berpuashati dengan pencapaian dengan ilmu yang dia perolehi di sekolah tadikanya..sesuailah dengan motto sekolahnya Get Basic n Go..

14 Mei yang akan datang ni juga genaplah umurnya 4 tahun, dia pon dah mengira hari asyik tanya bile nak sambut birthdaynya..kite pon dah set nak buatkan kek coklat untuk alyssa bawa ke kelas Hadhonahnya nanti..sebenarnya dia beriye sangat sebab suke tengok kawan-kawan sekelasnya yang lain sambut besday kat sekolah..tu salah satu sebabnya lahkan..takpelah mummy pon tumpang gumbira ..ye lah seingat kite zaman kite kecik2 dulu sambut ngan family je..ngan kawan2 kat sekolah sekali je kot pernahnya..





KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

Kabare ?...


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
lamanya dah tinggalkan uma ini semak samun dan berlalang..sarang labah -labah pun banyak je ni :)
rindu nak ziarah kakak kakak dan kawan kawan semua...rindu nak masak-masak..
akhirnya setelah bertapa selama ini..hehe takdelah kite baru dapat peluang ni berblog kembali..setelah banyak rintangan dan halangan dilalui..hehe macam apa je ek..mulai sekarang kite akan bersiaran dari Bumi Perak Darul Ridzuan yang tercinta..tiada lagi Bumi Bawah Bayu..tinggal kenangan suda..lebiu Sabah..




KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...