Bun Pandan Kaya

Assalamualaikum semua
Sila jangan jemu sekiranya berkunjung kesini kite masih dengan resepi roti. Selalunya ini yang kite buat untuk bekalkan suami ke tempat kerja dan jajan anak - anak . Ada juga masanya bila tiba mood M bayang roti pon tak nampak. Kite suke mencuba pelbaga jenis resepi sama ada yang dikongsi di dalam blog masakan , facebook, instagram dan sebagainya.

Kali ni kite nak share resepi yang kite dapat dari kawan instagram @dayotkitchen . Alhamdulillah walaupun tanpa bahan pelembut roti hasil roti tetap lembut. Sukatan resepi pun memang mencukupi untuk sekali makan terus habis tak dapat nak simpan-simpan , nak lagi esok kite uli lagi.

Bun pandan inti kaya hijau di dalam

Kebanyakkan roti yang kite buat diuli dengan mesin penguli roti @ breadmachine. Syukur sebab dengan ada alat ni membantu menjimatkan masa. Bukan tak boleh uli tangan sangat boleh,ulian tangan hanya bila tiada mesin bila balik kampung rumah mak atau mak mertua.


inti masih sama tapi bentuk lain 


Resepi Basic Bread Dough II
Original : @dayotkitchen
Sumber : mummyseri

Bahan -bahan

300 g tepung roti
210ml susu segar
30 g butter
30 g gula
3/4 sudu kecil garam
1 1/2 sudu kecil yis
1 sk pandan emulco (saya tambah)


Cara membuatnya :

1. Jika guna breadmaker ; masukan semua bahan setting untuk uli sy guna bm cosway jadi sy set no 7 for bread dough. Masa ulian hingga siap perap dalam 1 jam 30 minit.

2. Jika guna tangan : Satukan semua bahan kering kemudian masukan bahan cecair uli dan masukkan butter terus uli sebati hingga dapat doh yang licin dan elastik, lagi lama lagi bagus . Selalunya saya uli dalam 30 minit.

3. Apabila doh telah siap di uli perap hinga naik dua kali ganda , keluarkan angin tumbuk kemudian bolehlah dibentukan dan dintikan dengan pilihan masing masing.

4. Bakar suhu 170'c hingga masak atau ikut suhu oven masing masing.

5. Saya suka sapukan susu sebelum bakar dan sapukan butter selepas bakar.


bun pandan tabur butter dan gula

KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...