Biskut Cheese



Biskut kegemaran anak -anak kite, sangat sedap biskut ni yang penuh rasa cheese. Resepi kite dapat dari kenalan di instagram. Terima kasih ye nurpian04 share resepinya. Resepi seperti di bawah ye :

Resepi Biskut Cheese

Original : @nurpian04
Sumber : mummyseri

Bahan- bahannya :

120 gram tepung gandum
  70 gran cheddar parut
  60 gram butter
    2 sudu besar air ais 

Cara membuatnya :

1. Masukkan semua bahan dalam food processor kecuali air
2. Pulse sampai jadi macam bread crumbs kemuadian masukan air ais tadi, pulse lagi sampai jadi doh
3. kemuadian balut dengan cling plastik dan simpan dalam peti ais selama 20 minit
4. Gelek nipis doh td dan terap dengan cutter bentuk yang digemari atau boleh juga potong dengan         menggunakan pizza cutter buat bintang atau bentuk panjang
5. Bakar selama 12 hingga ke 15 minit pada suhu 170'C.

Cara saya - saya masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gunakan tangan sebab tak ada food processor :). Saya terap menggunakan cutter bentuk bintang saje. Selamat mencuba ...



KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

Bunga Orkid Embah

Assalamualaikum dan salam jumaat yang ceria..


Setiap kali balik kampung mesti nak hadap tatap dan snap gambar-gambar bunga orkid kepunyaan mak , atau anak kite panggil Embah. Jadilah nama timangan mak a.k.a Embah Orkid. Sejuk je mata memandang cantik pulak tu kan. Alhamdulillah sungguh memikat ciptaan Allah kan, selamat menjamu mata...ini koleksi mak di tahun 2014...













bersambung lagi nanti di tahun 2015 
untuk koleksi terbaru yang lain pula...



**Emak bilang mak ada pegi MAHA, mesti ada tambah koleksi orkid terbaru tu, kite tunggu ye nanti...


KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

Chicken Floss Bun



Bun ni kite buat untuk makan makan di pejabat pada jumaat yang lepas, sempena jamuan sambutan ulangtahun kelahiran Boss (kiranya kejutan dari staff buat bos) , semoga Allah limpahi rahmatNYA pada bos, dipanjangkan umur murah rezeki dan diberikan kesihatan yang baik ..Jom tengok gambar kek besday resepi rahsia yang dorang belikan untuk Boss..

credit to Puan Haida untuk gambar kek 



Kite masih mengunakan resepi roti yang sama dari @dayotkitcken , untuk resepi klik sini kali ni buat bun plain.




KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

Ayam Berempah Bungkus Daun Pandan




Masa tinggal di sabah dulu kite suka sangat makan ayam goreng pandan ni di Restoran Rafflesia Chicken Hut Kota Kinabalu. Suka sebab rasa pandan yang wangi dan rempah yang banyak pada ayam goreng tu menaikkan lagi kesedapannya. 

Bila dah balik sini haruslah bila nak makan kena buat sendiri, alhamdulillah anak -anak pun suka makan . Banyak resepi yang kite google dan ada bermacam macam bahan yang digunakan untuk perap ayam ni. Kite guna resepi dari dapur chemat .Makan dengan nasi panas-panas nikmatnya , anak -anak bilang macam  makan nasi ayam walaupun makan dengan nasi putih mungkin disebabkan bahan perapan yang digunakan .


Kite main hentam je balut ayam ni, lainkali bila buat lagi kena bungkus ayam ni dengan kemas macam chemat buat, cantik je mata memandang.

KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

Bun Pandan Kaya

Assalamualaikum semua
Sila jangan jemu sekiranya berkunjung kesini kite masih dengan resepi roti. Selalunya ini yang kite buat untuk bekalkan suami ke tempat kerja dan jajan anak - anak . Ada juga masanya bila tiba mood M bayang roti pon tak nampak. Kite suke mencuba pelbaga jenis resepi sama ada yang dikongsi di dalam blog masakan , facebook, instagram dan sebagainya.

Kali ni kite nak share resepi yang kite dapat dari kawan instagram @dayotkitchen . Alhamdulillah walaupun tanpa bahan pelembut roti hasil roti tetap lembut. Sukatan resepi pun memang mencukupi untuk sekali makan terus habis tak dapat nak simpan-simpan , nak lagi esok kite uli lagi.

Bun pandan inti kaya hijau di dalam

Kebanyakkan roti yang kite buat diuli dengan mesin penguli roti @ breadmachine. Syukur sebab dengan ada alat ni membantu menjimatkan masa. Bukan tak boleh uli tangan sangat boleh,ulian tangan hanya bila tiada mesin bila balik kampung rumah mak atau mak mertua.


inti masih sama tapi bentuk lain 


Resepi Basic Bread Dough II
Original : @dayotkitchen
Sumber : mummyseri

Bahan -bahan

300 g tepung roti
210ml susu segar
30 g butter
30 g gula
3/4 sudu kecil garam
1 1/2 sudu kecil yis
1 sk pandan emulco (saya tambah)


Cara membuatnya :

1. Jika guna breadmaker ; masukan semua bahan setting untuk uli sy guna bm cosway jadi sy set no 7 for bread dough. Masa ulian hingga siap perap dalam 1 jam 30 minit.

2. Jika guna tangan : Satukan semua bahan kering kemudian masukan bahan cecair uli dan masukkan butter terus uli sebati hingga dapat doh yang licin dan elastik, lagi lama lagi bagus . Selalunya saya uli dalam 30 minit.

3. Apabila doh telah siap di uli perap hinga naik dua kali ganda , keluarkan angin tumbuk kemudian bolehlah dibentukan dan dintikan dengan pilihan masing masing.

4. Bakar suhu 170'c hingga masak atau ikut suhu oven masing masing.

5. Saya suka sapukan susu sebelum bakar dan sapukan butter selepas bakar.


bun pandan tabur butter dan gula

KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

Pengat Roti Kapal

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Si kecik kite sangat suke makan bubor, tak kisahlah apa jenis pon so memang panjang list untuk menu bubor ni. Al kisahnya biskut ni namanya Biskut kapal  atau family sebelah keluarga suami panggil roti kapal. Kite memang tak pernah makan biskut ni sebenarnya bila dah masuk dalam family suami barulah tau pasal biskut ni yang boleh diolah menjadi bubur atau pengat. Misi mencari dan membeli biskut ni berjaya, nak jugak beli biskut ni kat kedai di kampung :) jauh tak jauh lah di kedai tok kosai Kota Baru...

Iffat Fayyadh posing bersama biskut biskut di kedai tok kosai


biskut kapal
 
Bubur ini dimasak oleh mak mertua di kampung jadi  tiada resepi sukatan dapat kite sharekan disini, insya Allah di lain masa ye biasalah orang lama kan semua dah di save tak payah rujuk resepi lagi. Jika kawan -kawan mahu mencuba nak buat bubur ni bolehlah rujuk resepi di carian google.


pengat roti kapal yang sedia untuk dimakan 




KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

Resepi Peria Goreng Rangup


Assalamualaikum 

Bila makan peria kite suka buat macam ni je goreng garing , bila makan tak terasa pahit sangat, anak anak pon suke pandai juga makan bila dah jadi macam ni maklumlah jenis sayuran ni nak kena pandai pelbagai cara masak untuk tarik minat mereka nak merasa. Resepi sama macam yang pernah kite buat sebelum ni , sila klik Resepi Peria Goreng Rangup.


Kuningnya mak, terlebih kunyit dah ni, apapun rasa tetap sama ;)
oh yer untuk hilangkan rasa pahit peria rendamkan dahulu dalam air garam. Walaupon peria rasanya pahit khasiatnya sangat banyak dan bermanfaat untuk kesihatan.  

Cerita ni dah lepas dah lama berlaku suatu masa dulu tahun 2011 , surat khabar berita harian ada keluarkan artikel kesihatan mengenai Peria, kite tau pon ada kawan yang kasitau, bile tengok owh aah memang betollah gambar dan resepi peria yang disertakan bersama artikel tu dari blog ni dan ada dikreditkan ke blog ni jugak. Jadi nak baca selanjutnya hal peria sila Klik Sini. Terima kasih ye tuan punya blog yang keluarkan semula atrikel berita harian tu, kite memang tak simpan so bile google jumpe jugak yang dalam uma tuan blog tu. Gambar peria yang dulu pon takde dah  akibat dari kesilapan teknikal sendiri yang menyebabkan semua gambar-gambar cerita terdahulu dalam blog ni semua tak ada.


sedap tau makan peria goreng ni krup krap krap kruk macam makan keropok.





KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

Roti Lembut Gebu



Kite nak kongi resepi roti yang gebu lembut dan anjal ni, Resepi dapat dari video yang disharekan kat fb, kat bawah ni ni kite share you tube nya, memang sangat bagus sebab dari awal hingga akhir ada step by step. Bagi yang baru nak belajar buat roti bolehlah cuba resepi ni. Lagipun bahan -bahan yang digunakan adalah yang sangat basic tanpa telur atau pelembut roti.



Ok  kat bawah ni resepi yang kite copypaste kat fb dari you tube tu jugek yang telah dialih bahasa dan diuji oleh Pn Aneka Homebiz.

Resepi Roti Lembut Gebu
Bahan-bahan

2 cawan tepung roti atau tepung gandum (saya guna tepung gandum)
3/4 cawan susu suam tambah lagi 1 1/2 sdb susu segar suam
1 sdt garam (saya kurangkan 3/4 sdt garam shj) nak kurangkan lagi pun boleh.
1 sdb gula
1 1/2 sdb susu tepung (saya guna susu tepung kambing)
4 sdt butter
2 sdt yis

Bahan sapuan sblm bakar - susu segar
Bahan sapuan slps dibakar - mentega

Cara-cara
1. Masukkan gula dan yis ke dalam susu suam. Biarkan 10 minit. Selepas 10 minit akan berbuih2.

2. Campurkan tepung, garam dan susu tepung. Buat kolam tengah2.

3. Curahkan semua campuran susu ke tengah2 kolam tepung.

4. Boleh terus uli sampai sebati. Doh agak lembik dan melekit2. Klu tak melekit nanti roti tak gebu.

5. Masukkan butter, uli lagi sehingga kenyal. Doh yg melekit2 tadi akan berubah menjadi kenyal..

6. Perap 1 jam. Slps 1 jam, tumbuk2 doh, bahagikan 16 biji, susun dlm loyang 8" x 8".

7. Perap lagi 1 jam. Sapukan dengan susu segar. Boleh la dibakar.

8. Selepas dibakar, keluarkan dari oven dan sapu mentega.

Boleh tgk kat video yg saya share cara uli. Cara ulinya tenyeh2 dgn tapak tangan. lepas tu kumpulkan balik doh, tenyeh2 lagi. Buat ulang.. Saya pun tak tahu nak terangkan. Hahaha..

Cara mudah.
Masukkan semua dlm mixer. Dan mix sampai kenyal dan berkilat. Biarkan sejam juga dan ikuti langkah seterusnya seperti diatas.

*roti ni bukan roti manis, rasanya masin2. Jadi klu nak roti manis, tambah gula dan kurangkan garam.
*sedap makan dengan sos butterscotch tapi makan dengan kari ikan lagi terangkat.. Hehehe

Terima Kasih kepada Pn Aneka Homebiz



Ini hasil kejadian roti yang telah kite buat, memang sangat puashati , berbaloi lah sebab uli guna tangan.. Alhamdulillah hasilnya lembut gebu dan anjal.






kat bawah ini dah selamat dimakan dan  dipelbagaikan intinya, Kite belah dua je taruk inti ape nak kaya, blueberry dan chicken floss..selamat mencuba..




KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

Selamat Kembali

Assalamualaikum w.b t

Bersua kembali  kawan -kawan semua, harap semua sihat dan lama dah kite  tinggalkan umah ni sepi je sian dia  , ni dah bersihkan semak samun sarang lelabah alhamdulillah dapatlah berblog lagi pasni ..

Syukran jazilan pada Cikpukpuk  yang memberi semangat untuk kite aktif kembali , tq ye sebab menceriakan dan menaikkan seri uma alam maya ni ..nanti boleh upah kek, sila tuntut ye :)

Selamat kembali buat diri sendiri mummyseri..
Rindunya nak ziarah uma kengkawan semua..



 cikpukpuk yang sokmo ceria..



KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

Blog Under Construction


blog sedang digodek oleh pukpuk !





KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...