Roti Lembut Gebu



Kite nak kongi resepi roti yang gebu lembut dan anjal ni, Resepi dapat dari video yang disharekan kat fb, kat bawah ni ni kite share you tube nya, memang sangat bagus sebab dari awal hingga akhir ada step by step. Bagi yang baru nak belajar buat roti bolehlah cuba resepi ni. Lagipun bahan -bahan yang digunakan adalah yang sangat basic tanpa telur atau pelembut roti.



Ok  kat bawah ni resepi yang kite copypaste kat fb dari you tube tu jugek yang telah dialih bahasa dan diuji oleh Pn Aneka Homebiz.

Resepi Roti Lembut Gebu
Bahan-bahan

2 cawan tepung roti atau tepung gandum (saya guna tepung gandum)
3/4 cawan susu suam tambah lagi 1 1/2 sdb susu segar suam
1 sdt garam (saya kurangkan 3/4 sdt garam shj) nak kurangkan lagi pun boleh.
1 sdb gula
1 1/2 sdb susu tepung (saya guna susu tepung kambing)
4 sdt butter
2 sdt yis

Bahan sapuan sblm bakar - susu segar
Bahan sapuan slps dibakar - mentega

Cara-cara
1. Masukkan gula dan yis ke dalam susu suam. Biarkan 10 minit. Selepas 10 minit akan berbuih2.

2. Campurkan tepung, garam dan susu tepung. Buat kolam tengah2.

3. Curahkan semua campuran susu ke tengah2 kolam tepung.

4. Boleh terus uli sampai sebati. Doh agak lembik dan melekit2. Klu tak melekit nanti roti tak gebu.

5. Masukkan butter, uli lagi sehingga kenyal. Doh yg melekit2 tadi akan berubah menjadi kenyal..

6. Perap 1 jam. Slps 1 jam, tumbuk2 doh, bahagikan 16 biji, susun dlm loyang 8" x 8".

7. Perap lagi 1 jam. Sapukan dengan susu segar. Boleh la dibakar.

8. Selepas dibakar, keluarkan dari oven dan sapu mentega.

Boleh tgk kat video yg saya share cara uli. Cara ulinya tenyeh2 dgn tapak tangan. lepas tu kumpulkan balik doh, tenyeh2 lagi. Buat ulang.. Saya pun tak tahu nak terangkan. Hahaha..

Cara mudah.
Masukkan semua dlm mixer. Dan mix sampai kenyal dan berkilat. Biarkan sejam juga dan ikuti langkah seterusnya seperti diatas.

*roti ni bukan roti manis, rasanya masin2. Jadi klu nak roti manis, tambah gula dan kurangkan garam.
*sedap makan dengan sos butterscotch tapi makan dengan kari ikan lagi terangkat.. Hehehe

Terima Kasih kepada Pn Aneka Homebiz



Ini hasil kejadian roti yang telah kite buat, memang sangat puashati , berbaloi lah sebab uli guna tangan.. Alhamdulillah hasilnya lembut gebu dan anjal.






kat bawah ini dah selamat dimakan dan  dipelbagaikan intinya, Kite belah dua je taruk inti ape nak kaya, blueberry dan chicken floss..selamat mencuba..




KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...