Resepi Peria Goreng Rangup


Assalamualaikum 

Bila makan peria kite suka buat macam ni je goreng garing , bila makan tak terasa pahit sangat, anak anak pon suke pandai juga makan bila dah jadi macam ni maklumlah jenis sayuran ni nak kena pandai pelbagai cara masak untuk tarik minat mereka nak merasa. Resepi sama macam yang pernah kite buat sebelum ni , sila klik Resepi Peria Goreng Rangup.


Kuningnya mak, terlebih kunyit dah ni, apapun rasa tetap sama ;)
oh yer untuk hilangkan rasa pahit peria rendamkan dahulu dalam air garam. Walaupon peria rasanya pahit khasiatnya sangat banyak dan bermanfaat untuk kesihatan.  

Cerita ni dah lepas dah lama berlaku suatu masa dulu tahun 2011 , surat khabar berita harian ada keluarkan artikel kesihatan mengenai Peria, kite tau pon ada kawan yang kasitau, bile tengok owh aah memang betollah gambar dan resepi peria yang disertakan bersama artikel tu dari blog ni dan ada dikreditkan ke blog ni jugak. Jadi nak baca selanjutnya hal peria sila Klik Sini. Terima kasih ye tuan punya blog yang keluarkan semula atrikel berita harian tu, kite memang tak simpan so bile google jumpe jugak yang dalam uma tuan blog tu. Gambar peria yang dulu pon takde dah  akibat dari kesilapan teknikal sendiri yang menyebabkan semua gambar-gambar cerita terdahulu dalam blog ni semua tak ada.


sedap tau makan peria goreng ni krup krap krap kruk macam makan keropok.





KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

2 comments:

hazila said...

As Salam,
Tak pernah cuba masak peria macam ni lagi, selalu goreng dgn telur atau udang. Nanti boleh cuba.

mummyseri said...

@hazila

Waalaikumussalam , silakan kak cubalah nnt :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...