Showing posts with label kuihmuih. Show all posts
Showing posts with label kuihmuih. Show all posts

Epok-epok Pusing @ Karipap Pusing





Emak kite suatu waktu dulu memang jualan epok-epok pusing nih,.. sekarang dah pencen, sedikit sebanyak kite pon bolehlah bikin senirik untuk makan sekeluarga..emak biasa sukatan main agak2 saja sebab biasalah cara orang lama yang memang macam tu..takdenya tengok resepi yang tulis-tulis macam kite..so atas permintaan kawan kite untuk resepi ni kite sukat sendiri..kawanku kalo ada apa-apa soklan nanti tanya tau;)..selamat mencuba..



Resepi Epok-epok pusing @ Karipap Pusing
sumber ; resepi emak kite


Bahan A (Doh Minyak)
150 g tepung gandum
12 sb minyak makan (dipanaskan)


Bahan B (Doh Biasa)
250g tepung gandum
6 sb minyak makan (dipanaskan)
sedikit garam
air secukupnya

* mak bilang minyak yang dipanaskan tu untuk dapatkan epok-epok yang garing.. 


Cara membuatnya :

  1. Bahan A di gaul sebati hingga boleh dikepal bulatkan . Kite dapat dalam 10 biji. 
  2. Bahan B di adun hingga sebati , pon sama kite dapat dalam 10 biji.doh ini bulatnya besar sikit dari doh A.
  3. Gambar 1 - bulat -bulat macam dalam gambar tu
  4. Gambar 2- balutkan doh A ke dalam doh B, buat hingga habis
  5. Gambar 3- Canaikan doh yang sudah disatukan tadi hingga nipis, agak-agak supaya tak nipis sangat dan tak tebal.
  6. Gambar 4- kemudiannya dibelah tengah dengan pisau tapi jgn sampai putus, lihat gambar.bolehlah dilgulung dari belahan kanan hingga habis gulungan ke sebelah kiri.
  7. Gambar 5- doh akan jadi macam dlm gambar lalu dicanaikan lagi hingga nipis dan ia akan jadi memanjang.
  8. Gambar 6-setelah itu digulung kemas hingga seperti gambar
  9. Gambar 7 - gulungan epok2 tadi bolehlah dibelah* kite belah sebanyak 3 belahan , seperti dalam gambar..
  10. Gambar 8- kemudian dicanai untuk diisikan inti dan dikelim kemas-kemas..
  11. Gambar 9- epok2epok yang siap bolehlah digoreng hingga masak.


Bahan untuk Inti :


*bawang besar
*bawang putih
*rempah kari
*ikan bilis
ubi kentang
garam
gula
air 
daun sop & daun bawang

Caranya:

  1.  Tumiskan bahan blender (bertanda *) hingga naik bau wangi.
  2. Masukkan ubi kentang dan masukan sedikit air untuk cepat melembutkan ubi kentang.
  3. Perasakan dengan garam dan gula. Biar masak hingga ubi lembut.Tabur daun sup & bawang last sekali.Siap untuk diintikan.
**Boleh jugak ikut citarasa masing2 sama ada nak buat inti ubi kentang atau ubi keledek.Nak tambah daging atau ayam pon boleh lagi sedap.

Bila dah digoreng macam nilah rupe epok-epok pusing buatan kite..takdelah lawa sangat, tapi adalah berpusing juga kulitnya tu..


kite berkenan betul tengok epok-epok pusing kat uma kak anys..memang cantik dan ada jugek buat permintaan supaya kak anys tunjukkan cara-caranya , buat masa ni belum lagi , mungkin adalah nanti tu..klik sini kalo nak tengok epok -epok pusing kak anis yg kite suke sangat tengok tu... kemas je ..







KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

Apam Kentang


Sedap, lembut dan sangat enak masuk lam mulut ;)
ambil resepi kat uma kak suzi..dah ramai buat apam ni..memang sedap ..asal dr uma izah ..tq izah n kak suzi..

Resepi Apam Kentang
Sumber-Izah

Bahan-bahan:

* 3/4 cwn gula pasir
* 200 ml air
* 1 helai daun pandan
* 2 cwn tepung beras
* 1 cwn kentang rebus
* 3/4 cwn tpng gandum
* sedikit garam
* 1 sk yeast
* 1 sk b.powder
* pewarna hijau/pandan paste *kite taruk pandan paste
* 250 ml santan




Cara-cara:

1. Kentang rebus di blend bersama dngn santan(biarkan sebentar)
2. Masak gula bersama air dan daun pandan.
3. Dlm mangkuk lain, satukan tepung beras, tepung gandum,yeast, b.powder dan garam.
4. Satukan semuanya dlm blender dan kisar sebati.
5. Perap selama 1 jam.Sapu minyak pada bekas kecil2.
6. Kukus dalam bekas kecil2 selama 15 minit.
7. Kalau guna loyang besar, kukus selama 40 minit.
8. Apam ini boleh di makan bersama dngn kelapa parut.


model cilik berbayar 3,4 ketul apam kentang ni;) berpeluh-peloh nak jugek bergambar tolong tayang ...

KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

Kuih Lapis

Akhirnya kite turun padang melapis untuk kuih lapis ni..memang takut tak ok aje.. sebab penah try sebelum taktau kat mana salahnya tak ok lah pulak..alhamdulillah alyssa suke pulak makan ..nak biasakan dia supaya makan semua jenis kuih ..yelah asyik donut aje yang dia suke..berjaya kite menarik perhatian  dia untuk makan dengan memotong kuih tu dalam pelbagai bentuk, kite bikin setengah adunan..makan bertiga saja;).. resepi dari uma kak yatie..tq kak..berkenan tengok kat uma kakjun..resepi kat bawah dari uma kak jun..


Bahan-bahan

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan santan
  • 1 sudu kecil garam
  • pewarna merah dan perisa rose
 
 
  Cara Penyediaan
  1. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
  2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  3. Masukkan perisa rose dan pewarna merah dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna putih dalam 1 bahagian lagi.
  4. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan.
  5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
  6. Lapiskan pula 1 senduk adunan putih dan kukus lagi selama 5 minit.
  7. Lapiskan lagi adunan merah dan putih berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 20 minit ).
  8. Sejukkan dan bolehlah di potong dan di hidangkan.


yang ni untuk berposing  saje;)..
dapatlah dalam 10 bentuk untuk bekalan alyssa dan hannah..


Bekalan kite, haa tengok kan dah tak cantek sangat potongan kuihnya..tapi sedap tau ;)




KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

Apam Gula Melaka

Bekalan kami pagi tadi, memang lembut dan sedap apam ini..kite guna gula kabung ..yang besar sikit saiznya dari gula melaka..tq che iza ..kite ambil kat myresepi..

 

Resepi Apam Gula Melaka ~ Che' iza

Bahan-bahan ( satu family )

  • * 1 cwn air
  • * 1/2 cwn gula melaka yg telah diracik halus
  • * sehelai daun pandan
  • 2 cwn tepung
  • 1 sk dry yeast
  • 3/4 cwn air
  • 3 sb gula pasir
  • secubit garam

Cara-cara

  1. Masak bahan bertanda* hingga gula melaka larut dan dibiarkan sejuk.
  2. Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata.
  3. Seeloknya campuran tadi di masukkan didalam bekas besar. Tutup dan bibiarkan selama 40min atau sehingga adunan naik hingga 3x ganda.
  4. Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak. Biar sekejap dlm 5 min.
  5. Kukus adunan selama 30-35 min atau bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
  6. Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam.

KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

Kuih Bakar Kentang



Walaupun bijan bersepah sana-sini, kuih ni memang sedap di anaktekak kite..dah jatuh chenta ngan bingka kentang ni tau;)..resepi dah lama simpan ambil kat Uma Kak Ain..lama kak ain menyepi.. uma kak ummi pon ada..resepi asal kat uma kakjun sana..jenguk tau cantek kuih kakjun buat kale ijo ..;)



 kite suke kulit kuih ini yang kerak garing cam kat atas tu..
sangat sedap..



Kuih Bakar Kentang
Bahan:-
  • 2 biji ubi kentang sederhana besar - rebus n kisar
  • 1 biji telur
  • 2/3 cawan gula pasir
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • sedikit pewarna kuning/hijau
  • 1/3 sudu besar minyak sapi-cairkan
Cara-Cara:-
1. Dalam bekas, kacau telur n gula hingga gula larut.
2. Masukkan tepung n santan. kacau rata, pastu tapis.
3. Masukkan dalam ubi kentang tadi dan kacau rata.
4. Masukkan minyak sapi cair dan kacau sebati.
5. Sapu loyang/acuan dengan minyak, panaskan sebentar, tuang adunan.
6. Masak atas api kecil, tabur bijan jika suka.


KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

Apam Pisang Coklat



Tada..ini apam pisang coklat edisi kite yang senyum sepanjang malam..kite buat untuk bekalan alyssa dan hannah..bekalan kite jugek ;)..sedap, lembut dan yang best rasa pisang kecoklatannya..tapi urat pisang apam ini tak nampak dah tenggelam, rasa pisang aje menten ada ..nak tau lanjut mesti cuba..insyallah tidak menghampakan ..terima kasih ros kongsi, akak share kat sini jugek ye..:)


Apam Pisang Coklat ~ Rosjintanmanis


Bahan-bahannya ;

1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/4 cawan gula
2 biji pisang ranum ( dilecek)
1 biji telur
50ml minyak masak
secubit garam
3 sudu besar serbuk koko

Cara-caranya :


1. Lecek pisang yang telah ranum dan campurkan dengan secubit garam, ketepikan. selepas itu ayak tepung gandum bersama baking powder.

2. Di dalam mangkuk adunan pukul telur dan gula menggunakan senduk kayu atau whisker, selepas itu masukkan pisang yang telah dilecek, tepung sedikit demi sedikit, soda bikarbonat dan minyak masak, kacau sebati.

3. Panaskan pengukus, Isikan 3/4 adunan apam ke dalam acuan dan kukus selama 12 hingga 15 minit, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.


* kite buat guna cup kertas cam kat atas, malas gune acuan apam;)..


KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...