Kek Pisang Sempoi

Jom makan semua..nak buat pon senang..tapi macam biasa kite tak bakar satu loyang,kite taruk taruk lam muffin cup ni..dan tambah badam hiris je atasnya..sedap rasanya..resepi asal dari Myresepi ..ni kite ambil dari dapur Kak Ina KL..cayalah kak memang sempoi kek ni..
Bahan-bahan ( sekeluarga )
  • 150g pisang emas - dilecek
  • 180g tpg gandum
  • 180g gula halus /gula icing
  • 3 biji telor
  • 120ml minyak masak
  • 1 sudu teh ovelate
  • 1 sudu teh soda bikabonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam
  • akak tambah-coklat chip, kepingan badam(bakar dulu) dan coklat urai

Cara-cara

1.Campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih.Masukkan coklat chip dan gaul sebati.

2.Masukkan kedalam loyang yang digris dengan minyak masak, (akak hias dengan kepingan badam dan tabur coklat urai).

3.Bakar 180C selama 40 - 50 minit.

4.Pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda.


KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

Wolong Bulan !!!

Hannah kelmarin sudah 8 bulan umurnya..wah da semakin besar ni da pandai macam macam pulak..best tengok gelagat dia..hannah pandai tepuk tangan..melambai lambai tangan..kalo kite nyanyi cakcekur udang gamit..hannah buka tutup la tangannya tu..jalan dengan sokongan keliling sofa, kerusi meja makan dan tolak bakul kain..ada satu hannah suke buat kalau dia duduk dekat dekat dengan kakaknya..hihihi kasihan pula alyssa..sebab hannah suka hati dia jer tarik rambut kakaknya..mungkin tu cara hannah nak bermanja manja ..padahal geram agaknya..
inilah kartun kesukaan hannah..vicky and johnny ..memang asyik masyuk kusyuk betol dia tonton tau..tak bergerak -gerak..dan seperkara lagi dia suka sangat dengar lagu Doraemon tu .."ang- ang doraemon"..mesti terus tersengih je..
* * * * * * * *
kite ada cari maklumat sikit pasal lagu kanak kanak. ni.asalnya nak cari lirik lagu sebab ada yang ingat ingat lupa..so nak kongsi tentang ini "lagu kanak-kanak klasik asas pembentukan sahsiah "klik sini untuk baca selanjutnya..
alyssa n opah mimi tersayang..
masa hannah belum lahir lagi kite suke nyanyikan lagu pantun ni tuk alyssa,(dapat n dengar dari ibu saudara@ makchor aka opah mimi)..mase dia dtg sabah thn lepas dia nyanyikan alyssa lagu ni..suke pulak dengar ..alyssa pon smpai dah bole hafal dan skrg dia pulak nyanyikan tuk adiknya..
oh bulan mana bintang.. atas puncak kayu ara oh tuan mana hilang dalam dapur atas para

KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...