Apam Dot Dot

Apam bintik  bintik edisi kite..tersangatlah over kalernya..dah ..camana pon makan jelah..ngeri sangat tengok  warnanya ni.. :).. ngeeeeee..yg penting alyssa suke makan..:)..resepi ambil kat uma kak hana ...


Bahan-bahan :
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - hana kurangkan
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)* tak taruk..
  • Pewarna
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
 iNi pesanan dr Kak  Hana yek :
  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer.. Kalau tak nanti pecah / kembang mekar setaman..
  • Taruk esen vanila utk mengurangkan bau telur.

KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

Marble Butter Cake


Lembut aje struktur kek marble ni..resepi dari kawan kite, BFF kami sama-sama belajar sebumbung masa sekolah rendah dulu...sekarang ni sering bertukar2 resepi dengan dia..kwn kite izinkan share kat sini..


Resepi Kek Marble Butter

Bahan2 :
A)  370g butter(kwn kite syorkan guna anchor)
     1 tsp vanilla essence


B) 4 biji telur putih
     240 g gula caster
     8 biji telur kuning
     1/4 tsp garam

C) 260 g tepung naik sendiri(ayak dulu)

D) 1 tsp cocoa powder
     1 tbsp chocolate emulco

Cara membuatnya :

1. pukul A sampai light dan fluffy

2. Pukul telur putih dgn garam, masuk gula sikit2 pukul sampai jadi fluffy.masuk telur kuning satu persatu dan pukul lagi sampai jadi thick dan creamy.

3. Satukan bahan A dan B, kemudian barulah dimasukkan tepung yang telah diayak.

4. Bahagi kepada 2 bahagian. 1 bahagian campur dgn bahan D. Satu bahagian warna asal.

5. Letak adunan diselang warna,dalam 8x8 acuan.

6. Bakar dengan suhu160 'c  selama 45 minit hingga masak.

 
macam biase, kalo alyssa ada bagi sumbangan menolong kite buat kek ni walau sikit je nolongnye..dia nak jugek muke dia ngan kek tu..



KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...