Bun Pandan Inti Kelapa


 Bekalan kite ke pejabat;)



Bun Pandan Inti Kelapa~Rosjintanmanis

Bahan-bahanya
( Bahan Doh)

250 gram tepung roti
1 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
2 sudu besar water roux 
120ml susu segar
1 1/2 sudu kecil yis
1 sudu besar susu tepung/skim milk
sedikit pewarna hijau
(Bahan Inti)
3/4 cawan kelapa kering+1sudu besar gula+1 sudu besar gula merah+ satu helai daun pandan
(Bahan topping)
sedikit kelapa kering

**kite guna kelapa parut


bun  sebelum dibakar..

 selepas pembakaran..

Caranya:

1. Buat Inti Kelapa, didalam kuali campur kelapa kering bersama gula merah dan gula putih serta sehelai daun pandan, letakkan juga sedikit air, gaul sebati dan kacau beberapa minit angkat dan ketepikan.

2. Kalau ade breadmaker (BM) boleh masukkan semua bahan Doh dan pilih menu Uli dan On je, kalau takde masukkan semua bahan kecuali bahan inti dan topping, dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.

3. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.

4. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 12 bahagian kecil dan isi bun dengan satu sudu kecil inti kelapa, susun atas dulang pembakar.Biarkan naik sekali lagi, kemudian glis roti dengan 1 sudu kecil susu+beberapa titik madu dan tabur dengan kelapa kering. Bakar pada suhu 180 darjah selama  20-22 minit, atau sehingga permukaan bun perang.

5. Setelah masak sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas, sesuai dijadikan menu sarapan atau minum petang. Selamat Mencuba.


inti kelapa lemak manis..




bun yang taruk water roux memang gebu dan lembut sedap gitu..kat bawah ni kite kongsikan sekali resepi water roux ni asal dari uma mamafami, kite copy dari rumah ros..TQ ye mama n ros..

Water Roux (separuh dari adunan asal)

25 gram tepung gandum
125 ml air

Cara membuatnya :

1.Masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan.

2. Setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan

3. Bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti.

KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

Baked Potato Wedges

Tq kak palatable share resepi sedap ni..kite anak beranak suka ..makan panas-panas alahai sedap betul;)..
 


BAKED POTATO WEDGES- Sis Palatable

500g (1 lb) potato cut into wedges

4 garlic minced
1-2 T chili powder (kite tak letak)
1 tsp turmeric powder
1 tsp garam masala (kite guna garam biasa)
4-5 T cooking oil
2 T lime juice
salt to taste

Method :


1.Wash then drain the potato wedges.


2.Place all ingredients in a mixing bowl, mix well. Keep for at least 30 minutes.


3.Preheat oven @ 190C. Line baking sheet with aluminium foil. Place the potato into the baking sheet in one layer, bake for 30-40 minutes, tossing every 10 minutes.


KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...