Chiffon Creamcheese

,


Alhamdulilah, buat kali yang ke tiga , menjadi kek yang lembut lagi teramat sedap ni..syukran byk2 pada Sis Dayang Jack yang berkongsi resepi kek ni..pada kakNor kite ucapkan terima kasih yang tak terhingga atas tips yang kak nor berikan.. kek chiffon ni resepi kedua kite bikin selepas kek chiffon pisang..yang pastinya kite masih di alam pembelajaran supaya misi tak gagal bila bikin kek lembut camni..pertama n kedua tu takdelah bantat keknya, masih lembut tapi rongga chiffon tu yang tak brape menjadi ;)..






 Resepi Kek Keju Chiffon  ~ Dayang Jack

Bahan A :
  • 90 g cream cheese 
  • 50 g butter 
  • 80 ml susu segar  
  • 2 sb jus oren 
  • 100 g tepung gandum 
  • 5 biji kuning telur gred A

    Bahan B : 

    • 5 biji putih telur gred A  
    • secubit garam  
    • 100 g gula kastor 
    • 1/4 sk krim tartar


      Cara-cara :
      1. Panaskan oven pd suhu 150-160C. 
      2. Bahan A (kecuali tepung dan telur) disatukan sekali di dalam periuk dan dicairkan hingga sebati dgn menggunakan whisk. Masak dgn kaedah double boil(sediakan kuali / periuk leper yg berisi air. Dan kemudian letakkan periuk yg berisi bahan-bahan A tadi di atasnya dan panaskan dengan api perlahan). Setelah masak, sejukkan sebentar.
      3. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata.
      4. Masukkan kuning telur dan kacau lagi secara perlahan-lahan hingga adunan betul2 sebati dan tak bergentel. (masih menggunakan whisk)
      5. Bahan B : Pukul putih telur hingga berbuih dan barulah dimasukkan garam, krim tartar dan gula sedikit demi sedikit. Putar hingga gebu dan bertanduk. Jangan sampai overbeat.
      6. Satukan bahan B dgn bahan A tadi. Ratakan secara kaup balik dengan menggunakan rubber spatula.
      7. Masukkan adunan ke dalam loyang chiffon berukuran 22 cm (tak perlu disapu mentega) dan goyangkan sedikit loyang tersebut supaya adunannya sekata.
      8. Bakarlah selama 50 minit atau sehingga kek masak keperangan. (kite bakar suhu 160'c)
      9. Setelah masak, terus keluarkan dari oven dan terbalikkan loyang dan letak atas redai kek. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang. Selamat mencuba!



      KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

      2 comments:

      K.Nor said...

      cantik dah tu seri.. bak sket kek pebret akak nih :)

      mummyseri said...

      kak nor, bolehlah ni tapi rasanya nak buat lagi nnt bile2 ..hehe sbb sedap sangat ..akak nk byk pon bole je :)

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...