Ampun ros, akak dah buat versi akak mini milky bun ni..lain sungguh warnanya..tak taruk serbuk coklat pon tapi taruk susu tepung coklat Sustagen si alyssa..sangat berkhasiat untuk dia dan adiknya ..ingatkan ada lagi susu tepung biasa nespray tu..;) rupanya dah abes..coklat pon coklatlah..yang pasti adunan ni memang lembut walau tanpa telur, sebab ada wateroux tu..tak rugi membuatnya..banyak juga kite dapat dalam 18 biji.. lagi satu kite bulat2kan aje adunannya dan letak dalam papercup sebab nak raruk inti ..
comel je kan, kecik senang nak makan dan semestinya berkhasiat..;)..untuk seisi keluarga pon boleh..next bile buat lagi kite nak ikot2 betol resepi ros ni, barulah jadi mini bun yang warna kuning keemasan..kalo nak tengok yang asal g kat uma ros yek..tq ros, akak share resepi kat sini..
Resepi Mini Milky Bun ~ ros@jintanmanis.com
Bahan-bahan:
*Untuk Doh*
200gram tepung roti
2 sudu besar water roux
1/3 sudu kecil garam
1 sudu besar skim milk@susu tepung *kite taruk susu coklat sustagen
1 1/2 sudu besar gula
1 sudu besar butter ( boleh ganti dengan marjerin atau shortening)
80ml susu segar
1 1/2 sudu kecil yis
*untuk tambahan khasiat*
1/2 sudu besar serbuk parmesan cheese ( x letak pun takpe)
* kite taruk parutan cheddar cheese
* Untuk Gliss* -beberapa titik madu+1/2 sudu kecil susu segar
*kite taruk inti coklat cip..
Cara-caranya :
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada 3 bahagian kecil dan bentukkan memanjang ( mcm bentuk keropok lekor), potong doh kecil-kecil menggunakan pisau, dan susun atas dulang pembakar, biarkan naik dua kali ganda.
5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dan bakar pada suhu 180 darjah selama 15 ke 16 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun. Selamat Mencuba.

16 comments:
It looks so fluffy kak! Loved it...take some for the birthday boy ya! :D
wah seri...
montoks2 buns ituuuu...
nanti nak try gak ler:)
comeinya mini bun dia....
salam kak seri, comelnye bun akak ni, suke tgk, thanks ya kak, sudi mencuba byk resepi roti ros....luv u heheeee
mcm mana kalau sy nk order kuih cincin?
Salam Seri,
laju aje seri update blog,tertinggal juah knur...kenapa knur selalu terlepas n3 seri ni...atau knur terlepas pandang...tak ape la knur follow ya...jgn terlepas lagi...hehe.
Bun tu naik gebus gitu...geram akak tengok, kalo dpt seketui sedap kan minum ngan nescafe panas2...aduh sedapnya.
kena cari bread maker ni... tapi rajin ke nak buat..?? seri, jom la duduk dekat rumah ni.. hehee...
nyomnyomnyom.....gerammmnyerrr
Salam Mummy,
memang kiut kiut mini bun dia... geram nak ngap sama la.hehehe
terima kasih atas ucapan akak. Terima kasih jugak sebab bertandang kat blog saya.
semalam, dekat kedai makan tu akak dtg ngan suami kan? akak pakai cermin mata ke? rasa macam perasan jugak, hehehehhehehe! yg pakai tudung purple tu betul la ieda! hehehe! nape tak tegur, bleh sembang2, hehehe! :)
Sedap nampak bun tu, minta izin nak cuba ya.
sy suke bun cumil2 gini..ngap..nga..ngap..aiks,3 sudah :)))
seri... mana pergi ni.. lama tak update..? rindu...
water roux tu ape ngeh ngeh..hehehe sungguh tak tawuuu..gebusnye roti..
Assalamualaikum...comey-comeynyer bun ni..mesti seronok anak2 makan. Minta izin link yer. terima kasih
Post a Comment