Ketam Goreng Masak Telur Masin

 

Resepi Ketam Goreng Masak Telur Masin -myresepizizrahim

Bahan-bahan ( Untuk 2/3 orang )

  • - 3 ekor ketam bunga (yang besar)
  • - 5 biji kuning telur masin* kite gune putihnya sekali
  • - 5/6 batang cili padi (dihiris halus)
  • - 2 tangkai daun kari (tarik dari tangkainya)
  • - 2 sudu makan mentega
  • - 3 sudu makan susu cair
  • - 2 sudu teh gula -
  • - garam & lada sulah secukupnya
  • - Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Bersihkan ketam and potong empat. Toskan.
  2. Kukus kuning telur masin selama 5 minit. Kemudian lecek-lecekkan kunig telur dengan sudu sampai berderai. Ketepikan.
  3. Gaul ketam bersama tepung jagung. Panaskan minyak dan goreng hingga ketam bertukar warna. Angkat ketam yang dah digoreng dan ketepikan.
  4. Di kuali yang bersih, masukkan mentega dan goreng cili padi & daun kari hingga wangi.
  5. Masukkan kuning telur masin yang dah dilecek kedalam kuali. Gaul hinnga sebati bersama cili padi dan daun kari tadi.
  6. Bubuhkan sedikit garam, gula, lada sulah dan susu cair. Gaul dan akhir sekali masukkan ketam yang dah digoreng tadi.
  7. Apalagi...attack la ketam tu. Gerenti jilat jari.  

**note ~ kite tambah sendiri bahan lain(bawang,bwg putih dan tomato) untuk menyedapkan lagi tekak kite..;) selain dari bahan2 seperti di atas..apapun tq pada tuan punya resepi sebab memang sedap ketam masak cam ni..


jemput makan semua, takmo cakap banyak sebab nak menghayati kemanisan isi ketam ni yang manis ditambah rasa lagi telur masin yang memang menambah selera ;)..



ni versi seri-seri kecik..tamo berenti makan selagi tak habes semua ketam ni..kite gorengkan aje..


KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

9 comments:

fmina08 said...

wah!!!!! ketammmmm!!! sedapnyaaaaa...nx time leh pakai resepi akk ni..

Jiya said...

adeii.. sedapnya makan ketam. best la duk sabah dpt makan ketam segar2... sini nak tgk ketam pon pikir sepolo kali. muehehhhehee.

mummyseri said...

Mina ~ sedap gak msk cam ni..nnt bleh try mmg x rugi buat n mkn ;)

Jiya ~ tau takpe, so slalulah balik sini..meh..meh nnt akak boleh masakkan tuk jiya..:P

baincardin said...

Selamat menyambut Aidiladha! ^_^

moklong said...

mmg sedap. dh beberapa kali masak cam gini. tp klu malas nk masak. ina pi order jerk kat lala chong seafood tu. hehehe...

Nuridah said...

Salam seri,

ish kak nur pun nak tumpang sekaki attack juga ketam tu...nampak sedap..isinya pun tengok tebal...kaw2 gitu...hehe

"MULAN" said...

sedaaaapppp nya seri....!!!!!

Subhie Arun said...

wah..ketam!!!..lama tak makan...tgk gambar dah lapar..mesti sedap!.. nanti nak try ..as soon as possible..frst time singgah sini..suka laman kak....hapi jadi follower terbaru kak!

happy new yr!

http://subhieskitchen.blogspot.com/

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

aritu suami sy g sabah
then terus jatuh cinta ketam masak ikan masin ni masa makan kat kedai ehehhe
kalu rebus je telur masin tu takleh ke? kene kukus gak ye?>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...