Bun Kentang


Resepi Bun Kentang~ rosjintanmanis

Bahan-bahannya :
350 gram tepung roti
90 gram kentang ( yang direbus dan dilenyek baru ditimbang)
1 sudu besar susu tepung
1/2 biji telur - tinggalkan sedikit untuk gliss pada permukaan bun nanti.
150ml cecair ( 100ml susu kacang soya+50ml air suam)- susu soya boleh ganti dgn susu segar 1/2 sudu besar marjerin atau butter
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)

sedikit kastard untuk di jalurkan atas bun ni nanti.

 This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it


Bahan untuk kastard:

2 sudu besar tepung bird custard
3/4 cawan susu segar
3 sudu besar gula

caranya: ( sos kastard)
1. Campurkan semua dlm periuk dan kacau hingga pekat, guna api perlahan, kacau selalu
jika terlalu pekat tambah lagi sedikit susu, sejukkan dan baru di paip atas bun nanti.



  
bun yang kite bikin ni cantek pon, tapi lembut sangat..

Caranya. ( roti)
1. Jika Menggunakan bread maker (BM) masukkan semua bahan  dan pilih menu Dough dan tekan ON, setelah siap boleh terus dibentuk bebola kecil, kalau tiada BM ,masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut.

2. Setelah menjadi doh, boleh gunakan tips ini untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah masukkan doh di dalam plastic, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 16, bahagian kecil dah susun di dalam loyang petak atau dulang pembakar. ( pastikan loyang atau dulang pembakar di sapu dahulu dengan sedikit marjerin, bagi memudahkan bun keluar apabila siap dibakar nanti) 
4. Biarkan naik dua kali ganda, akhir sekali gliss permukaan bun dengan baki telur yang ditambah dengan 1 sudu kecil susu segar dan paipkan sos kastard di atas permukaan bun . Bakar pada suhu 180 darjah selama  25 minit. Setelah siap di bakar sejukkan atas redai, dan sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.


tq ros, akhir akak buat jugak bun kentang ni..risau tak jadi je ;)..alhamdulillah memang lembut dan sedap..walaupun tak cantik dipandang mata bun ni, lembutnnya menten sebab ada kentang lenyek tu yang memang sedia melembutkannya.. jenguklah kat uma ros, memang kite berkenan tengok bunnya yang bukan saja sedap malah cantek dipandang..




KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

7 comments:

cikmanggis said...

Teringin nak cuba..nampak gebu betul...anak anak suka roti yang begini:)

beba said...

lama plak tak melawat sini.. :D

dlu slalu beli benda ni kat tesco..panas2 punye..skang ni cam dah tak bli dah..slalu dah sejuk and keras..tak best..huu..

nampak sedap.. :D tapi kena tunggu beli oven dlu la baru bule try..hehehe..

mummyseri said...

Kak CM ~ tak rugi buat bun ni kak..mmg gebu;)

Beba ~ wat sndiri puas hati n puas makan..yg ni dah sejuk tak keras..hehe mmg sedap tau;)

Lee said...

Hello MummySeri, I love your this buns. Ta'pernah tengok before.
Agak2 tiga pieces will be fine with me, with iced coffee, ha ha.
You are very good as the buns look really nice and fluffy. Sedap tu!
Have a nice day, Lee.

Mulan said...

sedap nyaaaaa...!!!

Ina said...

ina pernah cuba buat bun ni tp x mjadi. entah mn silapnya pun x tau. ln kali nk cuba lg. hrp2 mjadi ler.

Mrs.'Sifu' @ JubahDOTcom said...

salam...sedapnya..saya suka makan n teringin nak blaja masak...saya follow blog ni ye...sbb nk resepi2 yang best!...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...