Kek Kukus Velvet Hawflakes


ambil resepi kat myresepi, memang sedap dan best kek kukus ni..lembut ..patutlah ramai yang dah membuatnya :) tq kak fida..kite bikin tak lawa pon, next nak buat betul -betul supaya sedap mata menengok ..kalau nak tengok edisi yang lain memang cantek klik uma ros, uma kak hana, uma kak ummi, uma kak hazila dan banyak lah lagi kalo rajin google ..cantek kan dorang melapisnya;).. kalo malas nak buat bolehlah order bagi orang2 area kl sana klik kat uma fiza..order je lagi senangkan ;)


KEK KUKUS  VELVET HAWFLAKES ~ KAK FIDA
Bahan-bahan ( loyang 10x7 )
  • 5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
  • 225 g gula halus (1 cwn rata +2 sb rata)
  • 220 g tepung gandum*(2 cwn rata)
  • 1 sk rata baking powder*
  • 1 sb ovalette
  • 150 ml susu cair
  • 1/2 sk garam
  • 100 ml minyak jagung/masak
  • 1 sk esen vanilla
  • pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka
  • secukup hawflakes (akak gunakan yg sebesar syiling 50 sen)
Cara-cara
  1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
  2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
  3. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  4. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
  5. Untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...
  6. Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk

KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

4 comments:

"MULAN" said...

sedaaappp ni seri.. nak sikit..

mummyseri said...

kak mulan..kalo dekat sume kite nak kasi akak rase;)..leh tuko tuko ngan akak..tp kalo x sedap jgn mare...

deeTha H said...

salam kak,
ow owo ow.. velvet tu bisa dikukus pula ya...
sedapnya...

mummyseri said...

Wsalam deetha H..
iya bisa dikukus..mmg enak tau..
cubalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...