Pau Inti Kelapa


dalam myresepi pon ada resepinya..klik sini..
kite cnp resepinya dari uma dapur tanpa sempadan..tq cik mat, memang puashati buat pau ni..

Resepi Pau ~ Cik Mat Gebu
Bahan-Bahannya :
240g tepung Hong Kong/Tepung halus/tepung waterlily/tepung pau
1 sudu teh Double-Acting baking powder
1 sudu teh instant yeast
1/2 camca teh garam
25 g lemak sayur (shortening)
100 ml air suam*
30 g gula halus*
1/2 camca teh cuka*(*disatukan, kacau hingga sebati)
Inti kacang merah secukupnya (kite  taruk inti kelapa)

Cara membuatnya :
  1. Satukan tepung, yeast, garam dan double-acting baking powder dalam satu bekas, gaul hingga rata. Tuang bahan yang disatukan sedikit demi sedikit hingga habis dalam adunan tadi sambil digaul hingga menjadi doh.
  2. Masukkan lemak sayur dan terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan kenyal (lebih kurang 15 minit). Masukkan dalam bekas lain, tutup permukaannya dengan plastik cling dan biar 45 minit hingga doh naik sekali ganda.
  3. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan di atas kecuali "inti" ke dalam bread maker, pilih setting for dough dan tekan. Biar hingga siap.
  4. Keluarkan doh, uli sekejap dan bagi kepada 10 bahagian (kurang lebih 40 g setiap bahagian) dan bulat2kan. Ambil satu, leperkan dan isi inti, tutup kemas dan bukat2kan, letak atas kertas minyak yg telah dipotong 2 inci x 2 inci dan sapu dgn sedikit lemak sayur. Buat hingga siap.
  5. Rehatkan 25 minit dan kukus atas air mendidih selama 15 minit. Angkat dan boleh dihidangkan panas atau pun suam...Selamat mencuba


KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

10 comments:

hana said...

aku sangat suka yg inti kelapa... klu dpt kelapa yg fresh alangkah bahagianya idop ini... huwaaaaaaa..mintak spoloh ketui!

izahdaut said...

seri... sdap a nmpk inti die tu..nk jugak a..lma dah tak mkn pau..

mummyseri said...

kak Hana ~ waa waa k.hana , satu adunan pon dpt spoloh ketul..hehe kalo bg sume tn uma mkn kertas pau:P

mummyseri said...

Izah ~ inti kelapa fresh ni..belen buat roti aritu..
kite pon dah lama x mkn pau kelapa..
kak hana dah ambil spoloh ,dah abeslah ;)

kakpah said...

dah lama tak makan epok2 pusing kat sini.
hmmm.. malasnya nak buat pau. beli je lah dua tiga biji kat kedai hehe..

kzai said...

salam seri..pekabo...pau inti kelapa mmg feberet ..putih melepak pau seri ..sedap ni...

cikmanggis said...

teringin la pulak nak makan pau inti kelapa ni..mmm bila nak rajin ni:)cm masuk list dulu ya hehe

AZLINA said...

Salam seri, terliur2 akak tengok kegebuan pau tuu..kalau la dpt mkn mlm2 gini bestnyeee...:))

fzi said...

Salam mummyseri...
Woahh... sedapnyer pau inti kelapa... kenyang tuh, kalu akak dapat wat supper malam ni...makan pulak saing ngan nescafe 3 in one satu mug... :)

Ayu said...

salam seri,
pau inti kelapa ni my mum favourite,
dah lama tak buat pau..bulat aje pau seri tu..ish jangan ingat pau yang lain pulak ya..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...