Blueberry Panna Cotta


Resepi kite rujuk kat uma kak Nor Secubit garam..Lychee panna cotta..ni kite derhaka buat versi sendiri ikot bahan apa yang ada kat uma je..si kakak suke blueberry so buat je lah yg macam kat gambar tu..tompok je atas tu ngan blueberry filling ..campak sikit gula urai berwarna dan rasalah jugak biji-biji blueberrynya tu :)
sangat sedap makan sejuk-sejuk tau..Tq K.Nor untuk resepinya ni..kite copy dan share kat bawah ni..

Yang ni barulah gambar tak serupa resepikan :).. minta ampun ..

LYCHEE PANNA COTTA
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan- bahan :

1 tin laici
2 cawan susu low fat/full cream
2 sudu besar gula
3 sudu kecil gelatin ~ K.Nor guna gelatin halalgel
3 1/2 sudu besar air
1 /2 sudu teh esen vanila
1 paket jelly strawberi

Cara:

1. Ketepikan 5 - 6 biji laici. Blend lebihan laici bersama dgn 1 cawan jus laici.

2.Blend sampai betul2 halus dan tapis. Ambil air dan ketepikan.
3.Masukkan gelatin ke dalam mangkuk berisi 3 1/2 sudu besar air dan biarkan ia mengembang.
4.Masukkan susu, gula dan air laici yg ditapis tadi ke dalam periuk.
5.Masak hingga hampir mendidih dan hendaklah sentiasa dikacau.
6.Padamkan api dan masukkan vanila dan gelatin yg dah kembang tadi.
7.Kacau hingga sebati dan gelatin larut.
8.Biarkan sejuk, baru lah dituang ke dalam gelas.
9.Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 3 jam.
10.Masak jelly mengikut arahan di kotak dan biarkan sejuk.
11.Tuangkan ke atas Lychee Panna Cotta perlahan2. (pastikan jelly dah sejuk dan panna cotta dah membeku/set supaya jelly tak tenggelam ke dalam panna cotta)
12.Masukkan kembali panna cotta ke dalam peti ais dan biarkan sejuk.
13.Hiaskan dgn hirisan laici sebelum dihidangkan.


* Laici yang diblen bersama jusnya menghasilkan 1 1/2 cawan  air laici

 
 
Yang ni barulah gambar tak serupa resepikan :).. minta ampun ..

KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

6 comments:

Sue @ Nenie said...

Salam Mummy...Apa pun perasa sedap ni makan time sejuk2 kan....

K.Nor said...

salam seri.. wahhh menggoda betul panna cotta seri ni.. tak kisah la.. derhaka jer seri.. dah adat masak2 ni kan.. derhaka utk puaskan selera anak2 .. mekasih sudi try ya.. :)

Chik Mimi said...

Assalam seri lama akak tak muncul sini sihat ke?anak2 akak tak pandai dessert yg buat dr gelatin ni tu yg M sgt nak buat

sitiezahim said...

sedap kan? hehehhe

MULAN said...

wallaaaaa.. feveret ni... nak sikit...

Seri Armourezs said...

wah nampak sgt seda t turun sana blh buatkan yerk~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...