Roti Paun Poket



Berkenan tengok roti sardin ni kat uma kak mimi...Kite bikin roti paun  untuk buat roti poket .. kedai kt umah takde jual roti burger tu..malas pulak nak ke  kedai yang lebih besar..so namapun dah lain..resepi tetap sama..


bila dah siap , cam nilah rupanya, setelah ditaruk inti sardin dan disalut telor.. memang diakui sedap..nak tau mesti cuba ye..



 ini pulak isi dalamnya..sardin mmg sedapkan...




yang ni dah siap tapau nak bekal ke opis..:) kat bawah ni resepinya ye, kite ambil kat uma kakNor..tq kak nor..


ROTI SARDIN~ Knor
10 bj bun burger
1 tin kecil sardin ~ dilenyek hancur
1 labu bawang besar ~ didadukan
1 bj cili merah ~ dicincang
1 sudu besar jus limau nipis
2 bj telur
minyak

Untuk Inti:
Satukan sardin yg dah dilenyek dgn bawang besar dan cili merah.
Masak utk 1 minit dan masukkan jus limau nipis.
Padamkan api dan kacau hingga sebati.
Ketepikan.

Cara2
Potong dua bun burger.
Toreh bahagian tengah tp jgn sampai tembus ke belakang
Penyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.
Masukkan inti sardin ke dalam bun td dan buat la sehinga habis.
Celup dlm telur yg dah dikocok hingga sebati di bahagian yg dimasukkan inti td sahaja.
Goreng dlm pan yg dah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak.
Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yg digoreng.
Utk bahagian bawah goreng utk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.
Gorenglah sehingga selesai, jika minyak dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yg lain. Jgn lupa toskan roti yg dah siap digoreng tu ya..


KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

3 comments:

aeinio said...

nampak best....

izahdaut said...

seri...nampak best dan mmg best kan...ramai yg dah cube..sya je tak jumpe roti bergernya lagi..hihi

Nuridah said...

Salam seri,

terima kasih sudi singgah keblog kak Nur...kak Nur add link ya.

Nampak cantik dan gebu roti paun tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...