January 15, 2012

Black Pepper Chicken Chop

Posted by mummyseri at 12:43:00 PM
Ini menu sambungan masa buat roti manis jepun tu..taklah susah juga untuk sediakan menu ni, buat santapan anak-anak dan suami yang dikasihi..sebelum ni makan chicken chop buatan kedai je..apa salahkan kite hidangkan air tangan sendiri buat family..alhamdulillah anak2 dan suami suka..terima kasih pada empunya resepi ros@jintan manis..
"akak suke ros resepi ni" :)..lain waktu pula nak cuba chicken chop grill ..berkenan jugak masa tengok kat uma kak azlina..

Blackpepper Chicken Chop

Sumber : Ros@jintan manis

Bahan-bahanya :
2 keping dada ayam atau bahagian peha boneless
1 sudu kecil kicap pekat atau kicap manis*
2 sudu kecil serbuk lada hitam*
2 inci halia*
1/2 biji bawang besar ( saiz sederhana)*
2 ulas bawang putih*
1/2 kiub pati ayam maggi*


Untuk salutan ( sedikit tepung gandum, 1 biji telur yang telah dikocak dan 1 cawan serbuk roti)


Cara membuatnya :
Kisar semua bahan yang bertanda * dengan 1/2 cawan air hingga hancur, kemudian cucuk ayam tadi dengan garpu, gaul ayam dengan bahan kisar dan perap 2 atau 3 jam di dalam bekas bertutup, simpan dalam peti ais, setelah diperap, ambil ayam tadi dan lumur sedikit dengan tepung gandum, next salut telur dan akhir sekali salut pula dengan serbuk roti, goreng hingga garing.


Untuk Sos lada hitam
Ambil lebihan bahan perapan tadi dan masukkan dalam periuk kemudian campur dengan 1/2 cawan air dan masak hingga mendidih, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, gula dan lada sulah, dan masukkan bancuhan tepung katakuriko ( tepung kentang) boleh juga di ganti dengan tepung jagung, untuk pekatkannya..Kalau ade minyak bijan masukkan 1 sudu kecil, sos lada hitam akan lebih sedap dan wangi, sos lada hitam ni juga boleh di curahkan pada kentang putar dan pada ayam yang telah siap digoreng tadi.


Kentang putar :
4 biji kentang saiz sederhana
1 sudu besar marjerin atau butter
1/3 cawan susu segar
lada sulah


Caranya :
Setelah kentang di rebus dan empuk, toskan dan lecek terus sementara kentang masih panas, kemudian masukkan kembali dalam periuk dan curahkan susu dan marjerin, kacau sebati, akhir sekali masukkan lada sulah dan kacau hingga semuanya mesra dan agak pekat, angkat dan ketepikan.


Coselaw
1/4 biji Kobis saiz kecil
1/2 batang Carrot
1/2 biji Bawang besar
3 sudu besar Mayonis
sedikit garam dan gula

Kobis,lobak merah, bawang besar di cincang halus, masukkan mayonis, gula serta garam, kacau sebati dan sejukkan di dalam peti ais.


* yang ni kite x buat, gantikan dengan kacang panggang;)



Cara penyediaan
- Susun ayam di dalam pinggan, sudukan kentang putar, coselaw dan atur salad serta tomato, kemudian curahkan sos lada hitam di atas kentang putar dan ayam, sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

** gambar pon tak dapat nak snap banyak banyak..sebab semua dah lapar..:)

10 comments:

MULAN on January 15, 2012 at 3:10 PM said...

nak sepinggan..!!

ris said...

wow.bestnya.nanti boleh try ni

deela~ on January 16, 2012 at 9:03 AM said...

sedapnya... nnt anniversary nk try wat lar. hehe

wantie on January 16, 2012 at 10:41 AM said...

nak tambah sket kat sos dia tu. kalau akak letak sedikit mushroom yg mcm taugey tu racik racik campur ngan sos black pepper tu lagi sedap.

selalu jugak wat chicken cho kat umah. puas makan kalau buat sendiri.

kalau saya, suka daging grill compare ngan ayam grill. hehehe.

Chik Mimi on January 16, 2012 at 11:08 AM said...

seriiiii sedapnya kalau buat confirm jimatkan boleh makan banyak2

mummyseri on January 16, 2012 at 2:59 PM said...

Kak mulan _ next kite kasi akak 2 pinggann ;)

Ris _ try ris tak rugi..

Deela _ buat lah best gak mkn masa spesel daykan..

Wantie_aah sedap kalo ada cendawan,,hehe takde tu tak taruk..

kak mimi _ betol kak,lagi best nak tambah pon bole..kat kedai nk tambah berbayar lagi ler jwbnyer..

nOOrsha on January 16, 2012 at 3:30 PM said...

salam mummyseri..seronoknye tgk kat sini ada ciken cop..aduhai lame x makan... teringin btol :)

Ayu on January 18, 2012 at 2:11 PM said...

asslam seri,
aah akak pun dah lama tak buat chicken chop..terasa teringin lah pulak bila tengok chicken chop seri ni..aduhai tak bedek ni..hehe
seri nak tanya lagi dah tak duduk kat sabah lagi ke ?..dah pindah perak pula ya..

mummyseri on January 18, 2012 at 4:39 PM said...

Sha_ w'salam..tu lah mmg best buat snirik sha..buat ler bile2..nnt bleh tgk pic ciken cop yg cantek..

kak ayu_ Wsalam kak, hehe kite pon x bedek mmg sedap pulak buat snirik rupenya ..lainkali tak beli dah ni mmg bikin sndiri jer..aah kak kite dah balik keje n stay di Ipoh..sedih jugek tggalkan sabah tu..

norlieharumaini on January 19, 2012 at 11:10 AM said...

bnestnya chicken chop ni... nk dtg umah leh x..

Post a Comment

lw

Blog Widget by LinkWithin
 

Epok-Epok Pusing Alyssa dan Hannah punye Blog