Super White Soft Bread

 

Akibat dari tumbuk2 buang angin tak cekap..my roti ada lobang..aiseh..tak best betol rasa tau..malu pula terbolong aje ;) takpelah yang penting rasanya, lembut gebu.. tq ros..


Super White Soft Bread
sumber ~rosjintanmanis

Bahan-bahannya:

250 gram tepung roti
15 gram butter ( boleh ganti dengan shortening)
2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil garam
1 1/2 sudu kecil yis kering
160 ml air suam ( kite letak 80 ml air suam, 80 ml susu segar)
1 sudu kecil bread softner @ bread improver -(kite  tak taruk)



Cara-cara membuatnya :
1. Masukkan semua dalam Breadmaker dan pilih menu roti putih dan tekan ON je, tunggu dan bila dah siap dibakar boleh terus dikeluarkan dari acuan dan sejukkan, potong ikut kepingan yang dikehendaki .

2. Jika tiada Breadmaker, uli semua bahan dalam bekas adunan hingga menjadi doh, uli hingga tidak melekat pada jari, selepas itu masukkan doh dalam plastic bersih dan ramas selama 5 hingga 10 minit.
3. Selepas itu, perap doh selama 40 minit, kemudian tumbuk doh , keluarkan angin  dan uli sekali lagi, bahagi doh pada 2 bahagian dan letak dalam acuan sandwish loaf, biarkan doh naik 2 kali ganda dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit, sesuai dijadikan sarapan atau menu minum petang, Selamat Mencuba.





KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

8 comments:

adad said...

roti rotiiii!! mana jem ni.. lekas skit kak.. nak sapu2 roti :P

mummyseri said...

Jiya~ opsss sowy lambat..akak bawa jem jalan jelahh..ekekeke lainkali dtg sini bawa jem duyan snirik tau..

Deliah's Deli said...

betul tu...berbolong pun x pe janji sedap-klu sapu butter cicah teh 'o' panas bt buka pose nikmat ni :p~

Anonymous said...

saya ingatkan roti saya tak berapa lembut sebab tak letak bread improver... salah rupanya. Tapi keanapa roti saya keras bila sejuk?

ijan said...

Esh jelesnye tengok roti tue... nampak sangat la gebu... bila kite nak pandai meroti ni... huhuhu...

Selamat berpuasa kami sekeluarga ucapkan buat Mummyseri sekeluarga :)

indahhouse said...

salam ramadhan, kak,
apa khabar? sempena ramadhan ni, saya mohon maaf atas segala salah silap saya.
Wah! Dah pass tu buat roti. tak yah beli gadenia lagi. ;)

mummyseri said...

Fa1o ~ selalunya kite simpan roti dlm bekas kedap udara setelah sejuk..i/allah mmg roti kekal lembut..mgkn x lembut sbb dah masuk angin ..

mummyseri said...

Ijan & Nur ~ selamat berpuasa juga buat seisi keluarga ..
semoga kite selalu dirahmatiNYA..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...