Roti Kari (Kare Pan)


Resepi Roti Kari - RosJintanManis


Bahan-bahannya :

150 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar marjerin
1/2 biji telur
2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung
80 ml susu segar
1 sudu kecil yis

untuk inti :
3/4 cawan daging cincang
2 biji kentang ( potong dadu)
1/4 biji carrot ( potong dadu)
1 1/2 sudu besar serbuk kari jepun ( leh ganti ngan serbuk kari daging biasa)

untuk salutan :
1 biji telur ( dipukul sedikit)
1 1/2 cawan breadcrumbs



my karepan sebelum digoreng...


Cara- caranya :


1. Kalau ade BM Pilih menu Dough dan On je, kalau takde campurkan kesemua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan licin, perap doh lebih kurang 1 jam.

2. Sementara itu, buat inti bun, cara nya sama seperti buat inti karipap.

3. Selepas doh diperap, uli doh sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka,  buat 12 bahagian kecil. Biarkan ia seketika selama 10 minit. Kemudian bentukkan roti dan boleh disikan inti kari daging tadi. bentukkan lonjong sedikit.

4. Alas dulang dengan kertas minyak, kemudian celupkan doh yang siap disikan inti tadi didalam telur dan salut dengan breadcrumbs, atur atas dulang, ulang langkah tadi hingga doh habis. Biarkan doh naik dua kali ganda dan baru digoreng hingga perang. Sedia untuk dihidangkan, amat sesuai untuk sarapan atau minum petang. Selamat Mencuba.



- Peringatan, kena letak kertas minyak tau bawah doh yang siap disalut breadcrumbs, supaya doh yang kembang tidak melekat dan senang diangkat untuk proses gorengan nanti.


Jom layan gambar hannah yang kesiyoakn makan karepan..(makan lam kete bawa bekal pergi ziarah kawan ).. 


hannah pon sekarang kalau makan apa-apa dah tak mahu disuap..nak pegang sendiri..



 hannah dan karepannya..

KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

1 comment:

Jagungmanis said...

wuaduh.. si Hannah lahap betul makan roti kari tu..
Hannah, bagi dong... siji wae oleh ora? hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...