Apam Dot Dot

Apam bintik  bintik edisi kite..tersangatlah over kalernya..dah ..camana pon makan jelah..ngeri sangat tengok  warnanya ni.. :).. ngeeeeee..yg penting alyssa suke makan..:)..resepi ambil kat uma kak hana ...


Bahan-bahan :
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - hana kurangkan
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)* tak taruk..
  • Pewarna
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
 iNi pesanan dr Kak  Hana yek :
  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer.. Kalau tak nanti pecah / kembang mekar setaman..
  • Taruk esen vanila utk mengurangkan bau telur.

KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

4 comments:

Suzi said...

seri, warnanya sungguh meriah. tu yg buat budak2 lg suka

mummyseri said...

hehehe tulah kak..ayat pertama keluar dr mulut alyssa"wow ..mummy terangnyer kale ..:)..mmg dia suke :)..

Ayu said...

salam seri,
warnanya cantik memang budak2 suka warna macam ni..actually warna kuih seri nilah yg memanggil2 akak datang tau!!..hehe

Norly a.k.a MamaLeana said...

kak, norly dah cuba resepi akak ni.tp, kek xmengembanglah.kenapa eyh?salah kat mana tatau lah sy.huhuhu
nasib baik anak dara sy belasah abes.dia tatau yg mama dia buat apam bantat.sbb kaler dia menarik, abes licin-licau.hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...