Bun Manis

kulitnye tergeseng sikit ... ;)
Bun manis dibuat bekalan esok makan kat pejabat..kawan nak bawa kuah cicah..ermm taktaulah ape kari ayam ke sadin ke..yang pasti roti makan begitu saje pon enak..betol lah cakap tuan empunya resepi RosJintanManis ..cicah roti ini dengan kopi susu panas-panas pon sedap.. :)..next kalo bikin lagi baru nak taruk inti..tq ros, pada siapa yang nak resepi boleh klik terus kat nama ros yek.. update resepi bun manis: Bahan-bahannya
  • 150 gram tepung roti
  • 100 gram tepung gandum
  • 140 ml susu segar ( klu x der susu segar leh ganti dengan air suam)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil yis
  • 1/2 sudu besar garam
  • 2 sudu besar marjerin
  • 1 sudu kecil bread improver ( mesia mari)
Caranya :
  • Kalau ade cik BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.
  • Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  • Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar. Biarkan naik sekali lagi, spray dengan air dan tabur sedikit permukaan doh dengan gula. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.
  • Untuk mendapatkan permukaan doh yang licin dan tidak kering pastikan permukaan bun tadi ditutup dengan alumunium foil, selepas 10 minit masa dibakar baru buka alumunium foil tu dan biar permukaaan nye perang. Bila baki masa membakar ade lebih kurang 2 minit buka pintu oven dan glis dengan marjerin dan bakar semula hingga selesai. Harap tips saya ni dapat membantu ya.Selamat Mencuba.
* kite buat bun ni gune BM..
KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

4 comments:

mohad said...

sedap roti tu ya...

CatlinaFly said...

wah rajinnye seri meroti! ;)

mummyseri said...

ijad ~ ye mmg sedap :0..

mummyseri said...

catlina ~ wat bekal alyssa ..mesin yg ulikan tu ler rajin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...