Menu minum petang arini..banana cinnamon dessert pizza..sedap tak rugi cuba..ada rasa manis..rasa cheese dan krimcheese dan ada pisang yang enak walaupun burok aje rupa banana kat pizza kite tu ;)..tq ros..akak suke lain kali nak try selain pisang lah pulak ;)..akak cnp resepi yek..nak tengok pizza yang kuning keemasan dan boleh membuatkan anda ngencesss jom terbang tengok kat uma ros yek ..
Resepi Banana Cinnamon Dessert Pizza
Bahan-bahanya
Untuk Doh Pizza
250gram tepung roti
160ml air suam
1 1/2 sudu kecil yis
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar marjerin- boleh diganti dgn 2 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar susu tepung ( kalau tak nak letak pun takpe)
Untuk Topping
1 biji pisang ( dihiris nipis)
1 sudu besar serbuk cinnamon
Sedikit cream cheese ( di potong kecil-kecil)
Sedikit mix cheese
1 sudu besar gula
Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan doh pizza dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan.
2. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan kain bersih atau plastik wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 2 bahagian, dan canai bulat.
4. Cucukkan dasar doh pizza dengan garpu dan biarkan sebentar dalam 40 minit , akhir sekali sapu dasar pizza dengan serbuk cinnnamon dan gula, pastikan sekata, kemudian atur pisang, cream cheese dan akhir sekali tabur mix cheese di atas bahan topping tadi.
5. Bakar pada suhu 180darjah selama 20 minit dan sedia untuk dihidangkan panas-panas. Selamat Mencuba.
Doh banana pizza ni dibahagi 2, lagi satu kite topping dengan cili tuna campur sosej..pedas pulak rasanya..oklah tu satu manis dan yang ni rasa pedas pula..
jemput makan semua ;)..
kenyang malam ni makan ini aje :)
4 comments:
belom pernah ku coba itew banana pizza.satu kelainankan seri
sedap kak mimi..semua rasa ada manis, masam sikit n masin cis-cis tu..
coba jangan tak coba kak..
nnt seri nk coba selain banana pulak..semestinya blueberry fresh..hihihi aci tak ?..
nampak sodap tu dik ..
nak try lah .. mesti anak2 suka ..
akak amik ye recepinya .. terima kasih ..
kak iken..
sedap kak manis:)
try nant yek..
Post a Comment