Bahan-bahan :
1 kg  tepung gandum
1 peket yis  kering Mauripan(11gm)
5 sudu  besar gula kastor
50 gm  majerin
1 biji telur A
500 gm air (secukupnya)
1 sudu teh serbuk penaik
Cara  Membuatnya :
1. Sediakan sebuah besen dan  satukan tepung gandum,serbuk penaik, yis kering,gula, majerin dan telur.  Gaul hingga rata.
2. Masukkan air  sedikit-sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembap . Jika doh  agak kering, tambah air sedikit lagi.
3.  Pindahkan doh ke atas dulang yang telah ditabur sedikit tepung  gandum.Uli dengan tangan selama 15 minit hingga lembut dan kenyal. Untuk  memudahkan anda menguli. Bahagi dua doh tersebut dan ulilah satu-satu  sehingga lembut.
4.Setelah lembut, satukan dua  doh tadi menjadi seketul doh dan masukkan semula dalam besen dan tutup  dengan kain atau plastik.Letakkan di tempat hangat seperti dalam bilik  bertutup.Rehatkan selama 45 minit hingga doh naik 2 kali ganda.
5. Tumbuk doh untuk keluarkan angin dan uli sebentar.
6. Bulatkan doh kecil-kecil dan bentukkan ia. Susun  dalam dulang yang ditabur sedikit tepung dan biarkan ia naik selama 20  minit.
7. Panaskan minyak dan goreng donat  kekuningan. Angkat dan toskan.
8. Setelah  suam-suam kuku, bolehlah digaul dengan gula kastor.
Tip :
1. Minyak menggoreng jangat terlalu panas kerana mudah  hangus. Guna api kecil saja.
2. Donat boleh  difrozen atau disimpan chiller. Caranya goreng donat hingga kembang tapi  masih putih. Angkat dan toskan.Simpan dalam bekas tupperware dan letak  dalam peti sejuk. Apabila hendak dimakan, keluarkan dan goreng semula  hingga kuning.
3. Jika doh terlembik,  tambahkan sedikit tepung dan uli hingga menjadi lembut.
Nota :
Nota :
- kite buat setengah dari adunan asal, dapat dalam 22 biji donut yang comel bulatnya..
- kite uli pakai tangan..saja rajin sikit :)..lama tak exercise jari jemari asyik BM aje..
- hasilnya gebu donut ni..walaupun dah sejuk tetap lembut..
- frozenkan untuk alyssa bawa bekalan donut minggu ini..
- tak sempat nak bedah tengok kegebuan dalamannya..lain kalilah yek..
sebelum ini takdelah sebulat macam ni donut yang kite bikin..agaknya berkat uli tangan ..  :)
 


 



 
2 comments:
rajinnya seri..........
kak maria..
try la..i/allah jadi nnt..
Post a Comment