Dora Alyssa

dora ape ?
bukan dora explorer macam
kat atas tu laa..
dorayaki ler..
Buat Dorayaki ni untuk bekalan Alyssa ..terpikat tgk dorayaki mama darwish yang kat Jepon tu..
kat pic tu bekalan mummy dia..cukuplah alas perot sebelum meneruskan keje di opis pada hari pertama di tahun baru..semangat ni..keje masih banyak..nge..nge sebelum jam lapan tadi taip- taip sikit n3 yang ini saja buat regangan jari jemari ...taruk inti blueberry..hehehe nobita mkn inti kacang merah jekan..ni nobita sabah spesel sikit makan inti blueberry..
ini perbualan kite dan alyssa pagi tadi :
mummy ~ caca arini mummy masak bekal nasi goreng dan dorayaki tau..
alyssa ~ dolayaki mummy ?...muke pelik..
mummy ~ ala yang nobita suke makan la..dorayaki namanyer..
alyssa ~ nak tengok la mummy, boleh ?
mummy ~ (buka tapau n tunjuk pada alyssa ape rupe dorayaki tu ).. ni haa
alyssa ~ mummy ! bukan penkek ke ni ?..nada macam tak stuju yang tu ialah dorayaki
macam pen kek la mummy..penkek la tu kannn..
mummy ~ bukan la..penkek sekepingla..lembut lagi n besar sikit...memang namanye dorayaki
nampak tak ada 2 keping ni..lainkan tak sama kan..
alyssa ~ hihihihi ye lahhh mummy..
* * * * * * * * * *
macam tu lah..sebab mulanya alyssa tak terime yang tu dorayaki..serupa tapi tak sama..nasib lastnya dia akun juga yang itulah dorayaki..bole buat selalu dorayaki ni dengan pelbagai inti nanti..
baru jap tadi tengok kat uma kak maria pon ada dorayaki juge..sume lawa je dorang bikin..ni resepinya yek..kite bikin dapat semua sepuluh keping so dapatla 5 set dorayaki..
Bahan- bahan :
  • 100gm tepung kek atau tepung gandum
  • ½ sudu kecil baking soda
  • 60gm gula halus
  • 2 sudu besar madu
  • 2 biji telur
  • ½ sudu besar minyak masak
  • ½ sudu kecil esen vanilla
Inti:1½ cawan kacang merah yg manis -saya guna inti kacang hitam
Cara-cara -
  • Dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula sehingga kembang.
  • Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
  • Masukkan tepung dan baking soda yg telah diayak ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik. Boleh tambah sedikit susu segar/cair jika adunan terlalu pekat.
  • -Panaskan kuali yg tidak melekat (non-stick pan) dengan api kecil, masukkan 1/4 cawan adunan buat bulatan bersaiz 4".
  • -Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang, masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis (20 keping).
  • -Letak 1 sudu besar kacang merah ditengah sekeping pan-cake, tutup dgn satu keping pan-cake. Tekan dgn tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah. -Bagi yg tinggal kat Jepun, boleh guna sup kacang merah ini, tambah sedikit tepung gandum dan panaskan untuk memekatkan nya. 3pkt x 180gm cukup untuk 10 biji.

KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

8 comments:

Mulan said...

wooowww... mesti kids suka dorayaki ni.. thanx for sharing..!!

happy new year..!!

mama ju said...

Terimakasih masok blog mamaju.Saya akan selalu ke sini.

mummyseri said...

Sis mulan ~ yup semestinya kak..try to make it ok..;)

mummyseri said...

mama ju ~ tq kak..nnt sy link akak ye..

Lily@MamaZaraZareef said...

seronoknya jadi alyssa ni. mummy rajin sungguh masakkan bekal die. klu mama Zara ni harapkan Zara makan 100% kat nuserila..ni la bahana dpt mama tak cukup pndai n malas masak..huhu

Naff said...

Wahhhhhhhh..baru nampak dorayaki mcm tu ka? teringin pulak nak makan he he he he tp tak laratz buat isk..

eB ezrin said...

thnx... boleh cuber nih.... :)

Precious said...

Sedapnya makan panas-panas nih! Sama kopi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...