Your Best Vacation Moment Contest


Masa untuk ambil bahagian dalam kontes ini pula "Your Best Vacation Moment Contest "anjuran mama zara..jom la kawan kawan kite turut sama memeriahkan kontes ini ..bolehlah klik kat gambar atas tu yek untuk mengetahui maklumat lebih lagi ye..
Tahun 2009 yang telah berlalu meninggalkan banyak kenangan manis..antaranya ni yang nak cite ni..buat julung kalinya mertua kite datang ziarah kami sekeluarga disini..gembira sudah semestinya..tambah lagi pula kami sekeluarga bakal menerima kehadiran adik alyssa..macam biasa bila keluarga datang kami mesti akan bawa jalan sana jalan sini..salah satu percutian kami sekeluarga ialah ke Ranau ( tempat wajib ni siapa2 datang mesti akan berkunjung kesini)..bukan apa banyak tempat boleh dilawati, pemandangan pun cantik..dan juga sebab utama tarikan tempat letaknya Gunung tertinggi Gunung Kinabalu tu..
FISH MASSAGE KG.LUANTI , RANAU, SABAH
Ok ni nak cite part yang best moment maser percutian kami tu..walau sekejap aje tak lama tapi bercuti ke sana part ni memang sungguh best untuk dikenang..nampak tak banyaknyer ikan-ikan kat bawah tu..haaa kat sana la tempatnya yang kami pergi spa ikan....bermesra dengan ikan ikan yang ala ala massage kite,ikan dari jenis kelah dan ada juga jenis yang lain..memang jinak..kami setakat spa kaki dan tangan je la..kalau nak berendam satu badan pun boleh..
tempat ikan jinak ini terletak di Kg. Luanti, Ranau..kat sungai Moroli inilah ikan ikan jinak ini dijaga dan sungai kat sini mennggunakan sistem Tagal..tagal dalam bahasa Kadazandusun bermakna tidak boleh memancing atau kata lainnya "NO FISHING ".. pengalaman bersama ikan ikan ni lain dari yang lain sebab sebelum ni tak pernah alaminya..kami yang pergi semua ni memang teruja dan ada lah kejakunan sikit..memula memang rasa geli tapi lama lama kite akan rasa ok..ikan ikan ni tak ada gigi, so tak payah risau pasal kena gigit..dorang cume gigit gigit manja..

Tengok saja alyssa yang turut bergembira turut serta dengan ikan ikan ni..bagi pengunjung yang bakal ke sini sila ambil perhatian : masa yang sesuai untuk kesini ialah pada hari dan cuaca yang cerah..maksudnya kalo hari hujan memang tak de peluang sebab bila hujan air keruh dan ikan pun tak nampak..kes ni da terjadi sebenarnya, masa mak sedara kite datang sebelumnya iaitu pada bulan mac 2009 lepas memang kami ada pergi ke sana ..oleh sebab cuaca tidak mengizinkan tak dapat la tengok ikan ikan ni..kasihan juga pada makcik kite tu..mungkin dia akan datang lagi lain kali..rentetan dari itulah peluang kedua diambil masa keluarga mertua kite datang ..

kalau sesiapa yang berkunjung ke sabah lepas ni jangan lupa ya masukkan ke dalam agenda untuk ke Kg. Luanti ni..tak rugi malah pengalaman yang best dalam hidup ..alamak terlebih sudah..hehe lebih lebih pulak tapi inilah yang memang best bagi kite..mungkn tak best pada orang lain..untuk tengok lebih gambar ikan ni dan maklumat lanjut klik sini.. "Fish Massage "
------------------------------------------------------------------------------
ini gambar selain yang di atas untuk tatapan bersama..tak termasuk dalam kontes tu..

alyssa nak tangkap ikan tu sebenarnya..tapi memang tak boleh licin kulitnya..
masa ni memang hannah dok rileks je dalam perut tu :)..

KALAU TIDAK ADA BAHU UNTUK BERSANDAR, SELALU ADA LANTAI UNTUK BERSUJUD

8 comments:

Lily@MamaZaraZareef said...

Thanx mummy Seri join contest nih..=D

nway, tk de singgah pon kg luanti ni mase gi sabah taun lepas..act baru 1st time dgr pasal fish spa kat tpt tu..nmpak menarik sgt..selalu tgk fish spa kat dlm kedai jek..ni mmg original dlm sungai..n kelakar jugak tgk gelagat alyssa nak tngkap ikan tu..berani ek die..hehe

wantie said...

good luck.Mana tau tuah ko pulak kali ni.

Best giler tengok ikan tu. besar plak. Kalo spa ikan kat sini, semua ikannya kocik kocik jer..

Suziey Ahmad said...

sy nk g sabah bln 6 ni kak..insyaAllah akn cube g terjah tpt ni..tp sy geli la kalu ikan kerumun kaki..hehe

mummyseri said...

lily ~ sama sama ..nnt bikle bile g sini lagi jgn lupe yek singgah kat tmpat ikan ni..pengalaman menyeronokkan tau..nnt zara pon suke agaknya nk main2 ngan ikan tu..

mummyseri said...

wantie ~ tq yek..kite join ni untuk bagi sokongan dan turut memeriahkan kontes yang dianjurkan kawan2 bloger..

mehla jenjalan sini..mmg best sesangat,,kalo ikan spa betol mmg kecik2 aje tu..

mummyseri said...

suziey ~ oh yeke..elok la tu kalo nk dtg sini..da smpai sini nnt singgah sana tau..memula je kite geli tu..ala x sakit pon ikan tu xde gigi la ;)

Naff said...

Wahhhhhhh lokasi kg luanti tu tak jauh drkg saye!! tpt tu mmg best tp tak penah pulak saya turun dlm air tu sbb takut ikan2 tu mengigit he he he....nnt la nak pegu spa juga kui kui kui

eB ezrin said...

bestnyer... terujer nk pegi... tapi eb nih geli la benda gesel2 kaki... hik3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...